Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ga.bung] | مڠݢابوڠ

Definisi : 1. mengikat (beberapa batang tebu dll) menjadi satu, memberkas; 2. = menggabungkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggabung


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Apakah perbezaan penggunaan " kemudian" dengan "lalu"? Terima kasih.Kata lalu/kemudian digunakan apabila menggabung dua perkara atau perbuatan yang berlaku berturut-turut. Penggunaan kata hubung tersebut sama.Tatabahasa18.02.2013
As salam, saya sedang membuat penulisan tesis. Terdapat term statistik yang saya tidak pasti terjemahannya dalam Bahasa Melayu iaitu: Autoregressive Distributed Lag (ARDL) Co-Integration Framework Mohon bantuan. Terima kasih.Berikut ialah terjemahan bagi perkataan-perkataan di atas:

i. autoregressive: autoregresif
ii. distributed: teragih
iii. lag: susulan
iv. co-integration: saling menggabung
v. framework: rangka kerja

Cadangan kami sekiranya bersesuaian dengan konsep penulisan tuan, Rangka kerja saling menggabung susulan autiregresif teragih. Walau bagaimanapun, susunan perkataan ini boleh diubah suai mengikut makna yang betul dan mengikut konteks penulisan tuan.
Penyemakan dan penterjemahan22.09.2020
Salam sejahtera. Apakah perbezaan penggunaan kata hubung antara "serta " dengan "dan" , "lalu" dengan "kemudian"? Terima kasih.Dan, serta, lalu dan kemudian ialah kata hubung gabungan. Kata hubung dan/serta lazimnya digunakan apabila menggabungkan dua unsur yang setara. Kata lalu/kemudian digunakan apabila menggabung dua perkara atau perbuatan yang berlaku berturut-turut.Tatabahasa03.02.2013

Kembali ke atas