Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ga.bung.kan] | مڠݢابوڠکن

Definisi : 1. mengikat (mengumpulkan) menjadi satu (seberkas); 2. mencantumkan (menyekutukan) dlm satu kumpulan atau golongan yg lebih besar, menyatukan: langkah-langkah yg diambil utk ~ badan-badan seni patutlah dipergiat lagi; ia mulai ~ semua perusahaan saudagar di bawah satu perbadanan; ~ diri dgn menyekutukan diri dgn, bersatu dgn, menyertai: orang-orang muda diminta ~ diri dgn angkatan bersenjata Malaysia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.bung.kan] | مڠݢابوڠکن

Definisi : 1 mengumpulkan sesuatu dan mengikatnya menjadi satu; menyatukan dlm satu ikatan atau berkas: Mak Cik Esah ~ kacang panjang itu secekak-secekak utk dijual. 2 menjadikan bersatu; menyatukan: Kami sedang berusaha hendak ~ semua syarikat kerjasama menjadi satu syarikat kerjasama yg besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggabungkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Untuk menggabungkan ayat-ayat di bawah menjadi ayat majmuk pancangan relatif, yang mana satu adalah betul? Atau kedua-dua jawapan adalah betul? Terima kasih. i) Pekerja restoran memakai pakaian seragam. ii) Pakaian seragam itu kemas. Jawapan 1: Pekerja restoran memakai pakaian seragam yang kemas. Jawapan 2: Pekerja restoran memakai pakaian seragam yang kemas itu.Jawapan yang betul ialah pekerja restoran memakai pakaian seragam yang kemas.Tatabahasa04.05.2018
adakah penggunaan nama jalan dengan menggabungkan perkataan Jalan Persiaran boleh diterima.? ataupun hanya perlu memilih salah satu sahaja. ini kerana perkataan Persiaran tiada maksud yang jelas ianya berkaitan dengan Jalan.Dalam buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan terbitan DBP, persiaran bermaksud tempat atau jalan untuk bersiar-siar; dan jalan raya dalam kawasan perumahan. Pihak tuan hendaklah memilih salah satu sahaja, sama ada persiaran atau jalan dalam penamaan nama jalan.Tatabahasa14.10.2016
Boleh saya tahu kata baru yang menggabungkan bahagian kata (Akronim) selain daripada Selembu (seladang + lembu), apa lagi ya? Terima kasih
Mengikut Kamus Dewan, perkataan "AKRONIM" bermaksud kependekan yang terbentuk daripada ga­bung­an huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), GAPENA (Gabungan Persatuan Penulis Nasional), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata), pawagam (panggung wayang gambar) dan banyak lagi. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkataan "AKRONIM", puan bolehlah merujuk buku Tatabahasa Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku Tatabahasa Dewan sangat berkesan untuk dijadikan panduan dalam pembelajaran tatabahasa Melayu.
Tatabahasa11.02.2021
Bagaimana dapat kita pastikan sst SUBJEK harus digugurkan semasa menggabungkan dua ayat tunggal menjadi satu ayat majmuk? Apakah hukum yg boleh saya rujuki?Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.

Untuk makluman, jika ayat-ayat yang digabungkan mempunyai unsur yang sama dan diulang, maka bahagian yang sama itu boleh digugurkan. Contoh:

1. Ali pandai bermain bola
2. Ali pandai bermain hoki

boleh dihasilkan ayat:

Ali pandai bermain bola dan hoki. 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 497.
Tatabahasa20.10.2015
adakah ayat baju itu terlalu amat mahal sekali adalah benar? adakah boleh saya menggabungkan dua kata penguat hadapan dalam satu ayat, contohnya terlalu amat cantik? dan bolehkah saya menggunakan lebih dari satu kata penguat belakang dalam satu ayat dan bolehkah saya guna lebih dari satu kata penguat bebas dalam satu ayat yang sama ? terima kasih

Ayat "baju itu terlalu amat mahal sekali", tidak betul kerana kata penguat hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan serentak dengan tiga kata penguat. 

Untuk makluman, kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam frasa atau frasa adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu i. kata penguat hadapan ii. kata penguat belakang iii. kata penguat bebas. Oleh itu, penggunaan yang betul ialah sungguh cantik, cantik sungguh, cantik amat, amat cantik.   Contohnya:

1. Pakaian wanita itu sungguh cantik.

2. Pakaian wanita itu cantik sungguh.

3. Pemandangan di kawasan itu amat cantik.

4. Pemandangan di kawasan itu cantik amat.

Tatabahasa10.08.2015
Saya merupakan pelajar sarjana dalam bidang sains komputer,Namun, untuk tesis sarjana, saya telah menggabungkan komputer dan bahasa yakni dalam bidang komputeran linguistik. oleh itu, saya memerlukan data semua perkataan melayu di mana setiap perkataan itu mestilah mempunyai jenis misalnya perkataan makan berjenis kata kerja.Harap pihak DBP dapat membekalkan keperluan itu pada saya.terima kasih.Kamus Dewan belum lagi memasukkan kelas kata dalam setiap entrinya. Bahagian Perkamusan, DBP sedang menyiapkan Kamus Besar yang memasukkan kelas kata bagi setiap entri. Oleh itu, data tersebut tidak dapat kami sebarkan lagi kerana masih di peringkat draf. Sila rujuk kamus-kamus terbitan lain atau buku yang berkaitan untuk rujukan saudara. Lain-lain15.01.2008
Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan "dan" dan koma (,) sebelum perkataan tersebut. Saya sering menemui terjemahan yang menggabungkan kedua-dua perkara ini. Contohnya, "Adakalanya tempat itu turut mengadakan acara untuk kanak-kanak, konsert, dan banyak lagi". Mohon beri penjelasan penggunaan koma (,) sebelum perkataan "dan" di atas. Perlukah saya meletakkan koma, sebelum menggunakan perkataan "dan"? Terima kasih.Penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" sekiranya ayat tersebut ialah ayat setara dan dikategorikan dalam kelompok yang sama. Contohnya: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis. (kelompok sayur). Penggunaan koma sebelum perkataan "dan" biasanya untuk kategori yang berbeza, contohnya;  Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan kad prabayar. Dalam contoh ayat yang diberikan, penggunaan tanda koma sebelum "dan" tidak diperlukan.Tatabahasa03.12.2018
1. Apakah jenis ayat berikut ? (ayat penyata ? ) Baiklah, ibu. 2. Jawapan (a) atau (b) yang betul apabila menggabungkan kedua-dua ayat berikut ? Ali menyertai peraduan melukis. Ah Seng tidak menyertai peraduan melukis. a) Ali menyertai peraduan melukis tetapi Ah Seng tidak. b) Ali menyertai peraduan melukis tetapi Ah Seng tidak menyertai peraduan melukis. TQ.Baiklah, ibu. (Ayat Penyata) Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sayu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Berdasarkan contoh ayat yang saudara nyatakan, ayat tersebut ialah ayat penyata

Ali menyertai peraduan melukis. Ah Seng tidak menyertai peraduan melukis.
a) Ali menyertai peraduan melukis tetapi Ah Seng tidak.
Tatabahasa09.10.2012
1)apakah itu hukum D-m? 2)huraian lanjut tentang akronim 3)apakah itu sebenarnya petikan langsung?Hukum D-M ialah diterangkan dan menerangkan. Diterangkan merupakan unsur inti dan menerangkan merupakan unsur penerang. Cth. guru bahasa, orang lelaki. Akronim ialah singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis dan dilafazkan sebagai perkataan yang utuh.Cth. ADUN, cerpen, kugiran, Mara. Petikan langsung melibatkan cakap ajuk.Tatabahasa06.03.2008
Salam sejahtera, Sejauh pengetahuan saya, "tetapi" tidak boleh digunakan pada pangkal ayat kerana "tetapi" ialah kata hubung gabungan yang berfungsi untuk menggabungkan frasa dengan frasa. Namun demikian, ia boleh digunakan pada pangkal ayat sekiranya perkataan "tetapi" itu dihadiri dengan perkataan "akan", yakni menjadi "Akan tetapi. Apakah sebabnya? Apakah fungsi "akan" dalam konteks ini? Mohon beri tunjuk ajar. Terima kasih.Akan tetapi sebagai kata hubung boleh wujud di permulaan ayat dan lazimnya akan berfungsi sebagai kata sendi, tetapi boleh juga menjadi kata bantu (lihat pada keseluruhan ayat).Tatabahasa03.06.2010
1234567

Kembali ke atas