Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ga.bung.kan] | مڠݢابوڠکن

Definisi : 1. mengikat (mengumpulkan) menjadi satu (seberkas); 2. mencantumkan (menyekutukan) dlm satu kumpulan atau golongan yg lebih besar, menyatukan: langkah-langkah yg diambil utk ~ badan-badan seni patutlah dipergiat lagi; ia mulai ~ semua perusahaan saudagar di bawah satu perbadanan; ~ diri dgn menyekutukan diri dgn, bersatu dgn, menyertai: orang-orang muda diminta ~ diri dgn angkatan bersenjata Malaysia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.bung.kan] | مڠݢابوڠکن

Definisi : 1 mengumpulkan sesuatu dan mengikatnya menjadi satu; menyatukan dlm satu ikatan atau berkas: Mak Cik Esah ~ kacang panjang itu secekak-secekak utk dijual. 2 menjadikan bersatu; menyatukan: Kami sedang berusaha hendak ~ semua syarikat kerjasama menjadi satu syarikat kerjasama yg besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggabungkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blendingpengadunanHerbaTiadaProses menggabungkan bahan herba atau kelompok herba yang berlainan untuk menghasilkan bahan perantara atau produk akhir yang homogen. Contohnya, menggabungkan herba misai kucing dengan kacip fatimah atau menggabungkan herba misai kucing dari pelbagai sumber untuk menghasilkan adunan produk herba yang homogen.
butterfly tailekor kekupuAeroangkasaTiadaReka bentuk ekor kapal terbang yang menggabungkan muka tegak dan datar bahagian belakang kapal terbang. Biasanya berbentuk V.,Reka bentuk ekor kapal terbang yang menggabungkan muka tegak dan datar bahagian belakang kapal terbang. Biasanya berbentuk V.
elevonelevonAeroangkasaTiadaSatu permukaan pada sayap yang menggabungkan fungsi aileron dan elevaor, lazimnya terdapat pada pesawat udara tidak berekor.,Tekanan supersonik tempatan dibahagi dengan tekanan dinamik.,Waktu yang diselaraskan dengan jam yang berfungsi dengan seragam, sesama yang mungkin dengan waktu universal 2.,Satu permukaan pada sayap yang menggabungkan fungsi aileron dan elevaor, lazimnya terdapat pada pesawat udara tidak berekor.,Sebarang sebatian organik yang dibentuk daripada ammonia dengan menggantikan satu atau lebih atom hidrogen dengan radikal organik. Amina boleh dikelaskan sebagai amina primer, amina sekunder atau amina tertier berdasarkan dua atau tiga atom hidrogen yang digantikan. Semua amina bersifat bes. Contoh amina ialah metilamina. Formula: (R-NH2). R ialah kumpulan alkil atau aril.
eclecticismeklektisismeKesenianSeni BinaFahaman falsafah yang menggunakan pelbagai sumber dan ilmu pengetahuan. Fahaman ini menggabungkan pelbagai teori, gaya atau idea bagi mendapatkan pandangan menyeluruh berkenaan dengan sesuatu reka bentuk. Pendekatan eklektik dalam seni bina lebih dikenali sebagai pendekatan potong dan tampal kerana menggabungkan pelbagai gaya daripada pelbagai jenis dan tipologi seni bina, sama ada pada masa lampau atau pada masa kini. Di Malaysia, contoh bangunan yang dibina menggunakan pendekatan eklektik ialah masjid Universiti Teknologi Malaysia. Perancangan masjid ini menerapkan pelbagai gaya seni bina seperti kubah di Isfahan, gerbang Iwan di Iran, mimbar masjid di Kaherah dan menara di Istanbul.
bubble plateplat gelembungKejuruteraanKejuruteraan KimiaUnit pemindahan jisim yang menggabungkan kaedah pengendalian menara sembur dan gelembung. Gelembung disuap ke dalam turus melalui sistem plat yang dipasang merentasi turus dan cecair disuap dari bahagian atas turus supaya bertakung di atas plat. Gelembung gas kemudiannya disuap dari bahagian bawah plat ke dalam kolam cecair yang bertakung di atasnya. Unit ini menggabungkan kebaikan menara jenis gelembung dan semburan.
consolidatemenyatukan/menggabungkan; konsolidasiPendidikanTiadaTiada
acetylatemengasetilPerubatanTiadaMenggabungkan kumpulan asetil ke dalam molekul sebatian organik.
mergecantumKejuruteraanTiadaMenggabungkan dua atau lebih fail menjadi satu, lazimnya dalam aturan yang khusus.
mixingmencampur(kan)KejuruteraanTiadaMenggabungkan dua atau lebih isyarat.
ammonifyingmengammoniakanKimiaTiadaPerbuatan menggabungkan sebatian ammonia atau ammonium dengan sesuatu sebatian lain.
12345678910...

Kembali ke atas