Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ga.dai.kan] | مڠݢادايکن

Definisi : 1. menyerahkan sesuatu (tanah dll) sbg cagaran hutang: keadaan hidupnya demikian terdesak hingga ia terdorong ~ harta bendanya; 2. menyerahkan atau meletakkan sesuatu dlm keadaan terancam atau sbg cagaran utk mendapatkan sesuatu faedah dsb, mempertaruhkan: dia sedih raja ~ imannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.dai.kan] | مڠݢادايکن

Definisi : menyerahkan barang dll sbg cagaran hutang: Kerana kekurangan belanja, dia terpaksa ~ gelang dan kalung isterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggadaikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pawnerpenggadaiEkonomiEkonomi IslamPihak atau individu yang menggadaikan harta atau barang sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman. Penggadai boleh menggadaikan harta miliknya sendiri atau harta milik orang lain setelah mendapat keizinan. Antara syarat sah menjadi penggadai ialah baligh, waras, tidak muflis dan warganegara.
multipawnerberbilang penggadaiEkonomiEkonomi IslamBeberapa individu yang bersama-sama menggadaikan barang masing-masing untuk menjamin hutang tertentu. Hutang yang dijamin boleh berupa hutang penggadai atau hutang orang lain. Para penggadai boleh mencagarkan barang milik bersama, beberapa barang milik persendirian atau barang milik orang lain.
pawned application bondborang permohonan gadaianEkonomiEkonomi IslamBorang yang perlu diisi oleh penggadai sebelum menggadaikan barang gadaian. Borang ini disediakan oleh pegadai dan mengandungi maklumat peribadi, jumlah hutang diminta, tempoh bayaran balik, barang gadaian yang digunakan, kebenaran melelong serta maklumat lain yang diperlukan.
pawneepegadaiEkonomiEkonomi IslamInstitusi, syarikat atau individu yang menerima barang gadaian daripada pihak yang menggadaikan barangan sebagai cagaran kepada pinjaman yang diberikan. Mengikut Akta Pajak Gadai 1972 (Pindaan 2004), pegadai dikehendaki menyediakan modal minimum sebanyak RM100,000 bagi melayakkannya untuk mendapatkan lesen perniagaan pajak gadai dan perlu diperbaharui setiap tiga tahun. Pegadai mesti membayar yuran lesen kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.
benefit pawned itembarang gadaian manfaatEkonomiEkonomi IslamManfaat daripada barang yang dijadikan sebagai barang gadaian. Contohnya, penggadai menggadaikan manfaat mendiami rumah sewanya secara percuma untuk tempoh tertentu sebagai cagaran kepada hutangnya. Fuqaha’ menyatakan bahawa gadaian ini tidak sah kerana manfaat tidak boleh diserahkan dan tidak boleh dipegang.
pawnshopkedai pajak gadaiEkonomiEkonomi IslamPremis yang dimiliki oleh pegadai untuk menjalankan kegiatan gadaian. Premis ini menyediakan tempat untuk penggadai menggadaikan barang gadaian, mendapatkan pinjaman, membayar upah simpan dan menebus barang gadaian. Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mensyaratkan premis ini menyediakan kemudahan peti besi dan alat pengujian. Kemudahan peti besi digunakan untuk menyimpan dan menjaga keselamatan barang gadaian, manakala alat pengujian seperti bahan kimia digunakan untuk menguji ketulenan barang gadaian.
additional pawned itembarang gadaian lekapanEkonomiEkonomi IslamBarang yang berasingan tetapi melekat yang dijadikan barang gadaian. Contohnya, buah dengan pohonnya, pokok dengan tanahnya atau rumah dengan tanahnya. Syarak menghendaki barang ini tidak boleh diasingkan. Sekiranya barang tersebut hendak dijadikan barang gadaian seperti menggadaikan buah di pokok, mestilah bersama-sama pohonnya atau menggadaikan pokok mestilah bersama-sama dengan tanahnya. Barang gadaian lekapan dikenali juga sebagai barang terkumpul.
unknown pawned itembarang gadaian majhulEkonomiEkonomi IslamBarang yang tidak dinyatakan dengan jelas dan spesifik yang dijadikan barang gadaian. Contohnya, penggadai memiliki dua buah rumah dan ingin menggadaikan salah satu daripadanya. Dalam kontrak gadaian, penggadai tidak menyatakan dengan jelas rumah yang hendak digadai. Oleh itu, kedua-dua rumah tersebut menjadi barang gadaian majhul. Gadaian jenis ini sah mengikut ulama Hanafi tetapi tidak sah mengikut ulama Syafi‘i.
multi pawnedberbilang gadaianEkonomiEkonomi IslamBarang gadaian yang sama digunakan sebagai cagaran kepada hutang yang berlainan. Hal ini bermakna satu barang gadaian yang sama akan digunakan sebagai cagaran untuk jaminan beberapa hutang yang berbeza. Berbilang gadaian boleh berlaku dengan dua cara, iaitu pertama menggadaikan barang sepadu yang separuh bahagiannya telah menjadi cagaran untuk suatu hutang, kemudian separuhnya lagi dijadikan cagaran untuk hutang yang lain. Cara kedua, iaitu menggadaikan satu barang gadaian yang sama secara serentak beberapa kali sebagai barang cagaran untuk hutang yang berlainan. Berbilang gadaian diharuskan mengikut mazhab Maliki, Syafi‘i dan Hanbali tetapi tidak diharuskan mengikut mazhab Hanafi.
addition of pawn itempenambahan barang gadaianEkonomiEkonomi IslamPenokokan barang gadaian baharu sebagai tambahan terhadap barang gadaian sedia ada. Tujuan penokokan ini dilakukan adalah untuk mengukuhkan lagi nilai cagaran yang sedia ada. Contohnya, penggadai menggadaikan sepasang anting-anting emas sebagai cagaran asal kepada hutangnya dan kemudian menambah lagi seutas rantai emas untuk menguatkan cagaran yang asal tadi. Penambahan barang gadaian biasanya dibuat atas permintaan pegadai kerana dikhuatiri berlaku susut nilai barang gadaian asal.
12

Kembali ke atas