Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ga.la/] | مڠݢالق

Definisi : menjadi galak (berangsang, ganas, dll), menjadi sangat marah (berani dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.la/] | مڠݢالق

Definisi : menjadi galak atau suka berlawan; menjadi garang: Anjing itu ~ apabila melihat orang yg tidak dikenali menghampiri rumah tuannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggalak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila tunjukkan kata dasar dan imbuhan bagi kata-kata berikut. menghenti menyapu menumpang mengangkat meninggi mengajar menggalak menjangkit menengah mengetua mengubu melanggar melangganPerkataan menyapu, menumpang, mengangkat, meninggi, mengajar, menjangkit, menengah, melanggar dan melanggan merupakan kata kerja transitif aktif yang menerima awalan meN-. Kata dasar bagi menyapu ialah sapu, tumpang bagi menumpang, angkat bagi mengangkat, tinggi bagi meninggi, ajar bagi mengajar, jangkit bagi menjangkit, tengah bagi menengah, langgar bagi melanggar dan langgan bagi melanggan. Sementara, perkataan menghentikan dan menggalakkan menerima apitan meng-...-kan manakala mengetuai dan mengubui menerima apitan meN-...-i. Kata dasar bagi perkataan menghentikan ialah henti, galak bagi menggalakkan, ketua bagi mengetuai dan kubu bagi mengubui.Tatabahasa30.10.2006

Kembali ke atas