Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ga.la/.kan] | مڠݢالقکن

Definisi : 1. membangkitkan marah: ~ ayam sabungan; 2. memberi semangat, memberi dorongan: tunangannya ~ dia melanjutkan pelajarannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.la/.kan] | مڠݢالقکن

Definisi : 1 menjadikan galak; membangkitkan kemarahan: ~ ayam sabungan berlaga. 2 memberi semangat atau dorongan supaya terus maju dll: Ibunya ~ dia melanjutkan pelajarannya hingga ke universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggalakkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
menggalakkan: betul ke ejaannya ni.

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain02.11.2010
Encik, 1. Adakah ayat berikut betul? "Prestasi Ali dalam bidang sukan amat menggalakkan." Apakah jenis kata bagi perkataan "menggalakkan" dalam ayat di atas? Adakah kata kerja transitif ataupun kata adjektif? Sila berikan penjelasan. 2. Apakah nama panggillan bagi "Interact Club" dan "Broadcasting Club" dalam bahasa Malaysia? Terima kasih.

1. Perkataan "menggalakkan" dalam ayat yang dinyatakan ialah ayat adjektif kerana disertai kata penguat amat di depannya.

2. "Interact Club" dikekalkan penggunaannya dalam bahasa Melayu manakala "Broadcasting Club" boleh diberikan padanan sebagai Kelab Penyiaran

Tatabahasa01.04.2009
Adakah perkataan menggalakkan mempunyai dua huruf "g"?Perkataan galak apabila menerima imbuhan meN menjadi menggalakkan (meng + galak + kan). Oleh yang demikian perkataan tersebut mempunyai dua huruf g.   Ejaan26.03.2009
Betulkah perkataan menggalakkan sebenarnya menggalakan kerana kan bukan inbuhan. Bolehkah guris digunakan pada perkataan hati terguris

Ejaan yang betul ialah menggalakkan. Ejaan yang betul bagi perkataan terguris ialah 'tergores'. Oleh itu ungkapan yang betul ialah hati tergores.

Tatabahasa10.11.2010
Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan/Puan Mohon bertanya bagi ejaan : Peruntukan Memasukkan Menggalakkan Terima kasihEjaan yang betul ialah peruntukan (apitan per-...-an + untuk), memasukkan (apitan meN-...-kan + masuk) dan menggalakkan (meN-...-kan + galak).Tatabahasa25.04.2014
Selamat petang. Saya ingin bertanya adakah frasa memupuk semangat keprihatinan dapat digantikan dengan menggalakkan semangat mengambil berat? Apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan memupuk? Terima kasih.

Frasa "menggalakkan semangat mengambil berat" betul dan mempunyai maksud yang sama dengan frasa "memupuk semangat keprihatinan."

Tatabahasa29.07.2022
bagaimanakah untuk membezakan penggunaan 2 'k' di hujung perkataan atau 2 'g'. contoh : menggalakkan atau menggalakan meletakkan atau meletakanPenggunaan satu k atau dua k dalam sesuatu perkataan bergantung pada apitan yang digunakan. Kata dasar yang berakhir dengan huruf k yang menerima apitan meN-...-kan akan menghasilkan kata kerja transitif menggalakkan. Tetapi hanya satu huruf k digunakan sekiranya menerima apitan peN-...-an.Tatabahasa28.10.2009
Langkah menggalakkan anak-anak ialah ibu bapa turut belajar menanamkan tabiat suka akan menabung wang merupakan suatu usaha yang baik dan wajar dilakukan demi masa depan mereka sendiri.Usaha ini patut dinanamkan dari sejak kecil lagi untuk mencerahkan masa depan kita. Bolehkah Tuan /Puan memberikan bantuan.Saya nak tahu akan semua ayat ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasih

Ayat yang betul ialah “Langkah bagi menggalakkan anak-anak menabung ialah ibu bapa itu sendiri perlu menanamkan tabiat suka menabung. Selain itu, tabiat ini patut dipupuk sejak daripada kecil lagi kerana menabung merupakan usaha yang baik dan wajar dilakukan demi masa hadapan.”

 

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan tatabahasa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. Manakala untuk mengetahui tentang istilah dengan lebih mendalam, gunakan  enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) melalui laman web kami, iaitu https://prpm.dbp.gov.my

Tatabahasa27.01.2021
Cogan kata PINTAR Foundation adalah "Promoting Intelligence, Nurturing Talent & Advocating Responsibility" di dalam bahasa inggeris. Jika diterjemahkan kepada bahasa melayu, perkataan "promoting" kami terjemahkan kepada "menggalakkan". Ada perkataan lain yang bersesuaian supaya makna inggerisnya tidak tersasar?Dalam data kami, promoting diterjemahkan kepada menggalakkan/penggalak dan juga wadah (medium). Puan boleh menggunakan terjemahan yang sesuai dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan27.02.2015
Adakah ayat di bawah betul? Semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan rakyat Malaysia hidup secara sihat.Semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan rakyat Malaysia hidup secara sihat - ayat ini betul.Tatabahasa24.03.2011
12345678910...

Kembali ke atas