Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ga.la/.kan] | مڠݢالقکن

Definisi : 1. membangkitkan marah: ~ ayam sabungan; 2. memberi semangat, memberi dorongan: tunangannya ~ dia melanjutkan pelajarannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.la/.kan] | مڠݢالقکن

Definisi : 1 menjadikan galak; membangkitkan kemarahan: ~ ayam sabungan berlaga. 2 memberi semangat atau dorongan supaya terus maju dll: Ibunya ~ dia melanjutkan pelajarannya hingga ke universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggalakkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RANCANGAN MARSHALL

Rancangan Marshall menggalakkan negara-negara

Eropah berganding bahu untuk

memulihkan ekonomi selepas Perang Dunia II

(1939–1945).

Rancangan Marshall menggalakkan negara-negara

Eropah berganding bahu untuk

memulihkan ekonomi selepas Perang Dunia II

(1939–1945). Pada bulan Jun 1947, Amerika Syarikat

bersetuju untuk membantu Eropah, sekiranya ia

mahu berbincang dan menentukan apa yang

diperlukan. Nama rasmi rancangan itu ialah

Program Pemulihan Eropah. Ia disebut sebagai

Rancangan Marshall bersempena nama George C.

Marshall, setiausaha negara Amerika Syarikat

yang mula-mula mencadangkannya.

Rancangan Marshall bermula pada bulan April

1948 apabila Kongres menubuhkan Pentadbiran

Kerjasama Ekonomi untuk menguruskan bantuan

luar negara. Sebanyak tujuh belas buah negara

menubuhkan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi

Eropah bagi mewujudkan kerjasama di kalangan

ahli-ahlinya. Amerika Syarikat menyumbang kira-kira

13 bilion dolar Amerika dalam bentuk

makanan, jentera, dan keluaran lain ke Eropah.

Bantuan tersebut ditamatkan pada tahun 1952.

Pada tahun 1961, Pertubuhan Kerjasama

Ekonomi dan Pembangunan dibentuk bagi

menggantikan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi

Eropah. Sebanyak 20 buah negara, termasuk

Amerika Syarikat dan Kanada menubuhkan

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan

pembangunan bagi tujuan menggalakkan

pertumbuhan ekonomi negara-negara ahli dan

bagi membantu kawasan yang sedang

membangun.

Lihat juga Eropah (Eropah Pascaperang);

Marshall, George C.; Truman, Harry S.

UMUM 
DEWAN PERNIAGAAN

Dewan Perniagaan ialah persatuan ahli

peniaga yang menggalakkan kepentingan ahlinya

dan perniagaan secara am. Dewan perniagaan

ditubuhkan di pekan, bandar, daerah dan

negeri. Bagi kebanyakan negara Eropah, dewan

perniagaan merupakan agensi rasmi, yang

ditanggung oleh cukai. Dewan perniagaan kadangkala

dikenali sebagai lembaga perdagangan,

persatuan saudagar, atau persatuan perniagaan.

International Chamber of Commerce mempunyai

ahli daripada persatuan dan syarikat perniagaan di

seluruh dunia.

UMUM 
AGENSI ANGKASA LEPAS EROPAH (ESA),

Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA),

menggalakkan kerjasama dalam program angkasa

lepas dalam kalangan negara Eropah Barat.

Agensi ini ditubuhkan pada tahun 1975 melalui

gabungan Organisasi Pembangunan Pelancar

Eropah (European Launcher Development

Organization) dan Organisasi Penyelidikan Angkasa

Lepas Eropah (ESRO). Anggota ESA terdiri daripada

Austria, Belgium, Denmark, Perancis, Jerman,

Ireland, Itali, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden,

Switzerland dan United Kingdom. Kanada dan

Finland menjadi anggota bersekutu.

UMUM 
AKADEMI BRITISH

Akademi British ialah sebuah institusi di United

Kingdom yang menggalakkan kesarjanaan dalam

bidang kemanusiaan dan sains sosial

UMUM 
SYARIKAT PEMBINAAN

Syarikat pembinaan ialah bank simpanan khas.

Fungsi utama syarikat pembinaan ialah

menggalakkan simpanan daripada orang awam, dan

meminjamkan simpanan itu kepada individu yang

hendak membeli rumah sendiri. Pinjaman ini dibuat

mengikut perjanjian undang-undang yang dikenali

sebagai gadai janji. Gadai janji biasanya dibayar balik

dalam jangka masa yang panjang selama 20 atau 25

tahun.

UMUM 
PERKONGSIAN UNTUNG

Perkongsian untung. Ramai majikan

berkongsi untung dengan pekerjanya. Mereka

berbuat demikian untuk menggalakkan daya

pengeluaran (kerja yang produktif) dan untuk

memujuk pekerja supaya kekal dalam syarikat.

UMUM 
ALFALFA

Alfalfa ialah sejenis tanaman berharga yang

ditaman khususnya sebagai makanan ternakan. Ia

menggalakkan tumbesaran yang cepat dan

kesihatan yang baik kepada haiwan, terutamanya

lembu.

UMUM 
CHISHOLM, CAROLINEChisholm, Caroline (1808–1877), menumpukan
sebahagian besar hayatnya terhadap kebajikan
para pendatang ke Australia. Dia juga
menggalakkan pendatang ini meninggalkan
bandar yang sesak dan menetap di tanah ladang
Australia.
UMUMUmum
PERBADANAN KEMAJUAN KRAF TANGAN MALAYSIA

Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan

Malaysia, sebuah agensi kerajaan yang

dipertanggungjawabkan untuk menggalakkan

pertumbuhan, menghidupkan semula dan

memperluaskan kemahiran dan tradisi kraf

tangan.

UMUM 
MAJLIS EROPAH

Majlis Eropah ialah sebuah organisasi yang

terdiri daripada sembilan negara. Majlis ini

berusaha menggalakkan kesatuan yang lebih

rapat antara negara-negara anggotanya bagi

mencapai kemajuan ekonomi dan sosial.

Organisasi ini sebenarnya tidak mempunyai

sebarang kuasa sebenar dan hanya bertindak

sebagai penasihat. Ia lebih berperanan untuk

mempereratkan kerjasama dalam bidang politik,

sosial, budaya dan hal-hal yang berkait dengan

undang-undang.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas