Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ga.la/.kan] | مڠݢالقکن

Definisi : 1. membangkitkan marah: ~ ayam sabungan; 2. memberi semangat, memberi dorongan: tunangannya ~ dia melanjutkan pelajarannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.la/.kan] | مڠݢالقکن

Definisi : 1 menjadikan galak; membangkitkan kemarahan: ~ ayam sabungan berlaga. 2 memberi semangat atau dorongan supaya terus maju dll: Ibunya ~ dia melanjutkan pelajarannya hingga ke universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggalakkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diaphoreticdiaforetikFarmasiFarmakologi1. Berkaitan dengan menggalakkan perpeluhan. 2. Agen yang menggalakkan perpeluhan. Penggunaan bahan seperti kafein, morfin dan alkohol boleh menggalakkan perpeluhan. Selain itu, aktiviti fisiologi seperti demam, memakan makanan berempah atau suhu persekitaran yang tinggi juga boleh menggalakkan perpeluhan.
open centre pruningpemangkasan terbuka tengahPertanianAgroteknologiKaedah pemangkasan tumbuhan dengan membuang batang tengah pokok bagi menggalakkan pertumbuhan dahan sisi. Ini bertujuan untuk menggalakkan pengudaraan dan menghasilkan keseimbangan kanopi. Selain itu, ia juga menggalakkan pembungaan dan pembuahan. Contoh tumbuhan yang sesuai menggunakan kaedah ini ialah pokok rambutan bagi mengelakkan pokok terlalu tinggi selain memudahkan pungutan hasil.
expectorantekspektoranFarmasiFarmakologi1. Berkaitan dengan suatu bahan yang menggalakkan pengeluaran mukus atau cecair dari paru-paru, bronkus dan trakea. 2. Agen yang menggalakkan pengeluaran mukus dengan mengurangkan kepekatan rembesan pulmonari atau mengurangkan pelekatan cecair pada salur respiratori bawah. Ekspektoran merupakan salah satu drug daripada kumpulan mukokinetik dan bertujuan menggalakkan pengaliran mukus dariparu-paru. Ekspektoran bertindak dengan mengisyaratkan tubuh untuk meningkatkan amaun atau kelembapan rembesan, dan menghasilkan rembesan jernih berlebihan untuk bertindak sebagai pelincir di dalam salur pemafasan yang mengalami kerengsaan. Contoh ekspektoran ialah guaifenesin, kalium iodida dan asetilsistena.
lactagoguelaktagogPerubatanTiada1. Menggalakkan pengaliran susu.,2. Agen yang menggalakkan pengaliran susu.
diureticdiuretikFarmasiFarmakologi1. Berkaitan dengan menggalakkan pembentukan dan perkumuhan urin. 2. Agen yang menggalakkan pembentukan danperkumuhan urin bagi mengurangkan pengumpulan cecair berlebihan di dalam tisu badan. Agen ini digunakan terutamanya dalam rawatan penyakit darah tinggi,kegagalan jantung konjestif danedema paru-paru. Ageniniboleh terbahagi kepada beberapa kumpulan berdasarkan struktur kimia dan aktiviti farmakologi seperti perencat anhidrase karbonik, diuretik tiazida, diuretik gelung, diuretik osmosis dan diuretik penjimatan kalium.
Islamic Chamber of Commerce and Industry (ICCI)Dewan Perniagaan dan Industri Islam (ICCI)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaInstitusi sekutu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang ditubuhkan untuk menggalakkan perdagangan, perusahaan dan kraftangan antara negara anggota. Institusi ini juga membuat cadangan bagi melindungi kepentingan ekonomi dan kegiatan perniagaan dunia Islam serta menggalakkan kerjasama antara dewan perniagaan Islam, dan pertubuhan perniagaan, perusahaan dan pertanian antarabangsa lain. Antara matlamat lain adalah menganjurkan pesta perdagangan, pameran, seminar dan syarahan, menggalakkan peluang pelaburan dan usaha sama, menyediakan proses timbang tara bagi menyelesaikan pertikaian perniagaan dan perusahaan serta menggalakkan pertukaran maklumat perniagaan, teknikal, perusahaan, serta pengurusan dan saintifik antara negara anggota.
innovative organizationorganisasi inovatifPengurusanPerancanganOrganisasi yang sentiasa menggalakkan penerokaan pengetahuan baharu dan menghasilkan idea serta produk yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak semasa, terutamanya yang dapat menyelesaikan masalah. Malahan, organisasi ini menganggap kegagalan sebagai satu proses pembelajaran untuk membaiki kesilapan. Nilai asas perniagaan yang menekankan inovasi adalah penting bagi pembangunan berterusan sesebuah organisasi yang mapan. Aktiviti yang menggalakkan usaha berbentuk �cuba-jaya� dan berdaya kreatif adalah antara pendekatan yang kerap dilihat wujud dalam sesebuah organisasi inovatif, contohnya syarikat yang berasaskan perisian dan pengurusan maklumat. Bagi menggalakkan budaya inovatif dalam kalangan pekerja, syarikat ini perlu mereka bentuk persekitaran tempat kerja yang menyerupai sebuah pusat pembelajaran.
pruningpemangkasanPertanianAgronomi

Aktiviti mengerat atau mencantas pucuk atau dahan untuk menggalakkan pengeluaran pucuk baru.  Aktiviti ini juga bertujuan untuk membuang dahan berpenyakit, reput dan tidak berfungsi.  Selain, itu pemangkasan juga dilakukan untuk menghasilkan rupa bentuk tanaman.  Contohnya, pemangkasan  pokok buah-buahan untuk menggalakkan pengeluaran pucuk baru, dan pemangkasan pokok koko supaya pokok tersebut mengeluarkan dahan pada aras 1.5 m bagi memudahkan pengeluaran dan pemungutan hasil.

supply-side economyekonomi sebelah penawaranEkonomiTiadaFalsafah ekonomi yang mempercayai bahawa peningkatan pengeluaran oleh sektor swasta dapat dicapai dengan mengurangkan cukai dan perbelanjaan. Pengurangan cukai akan menggalakkan pelabur swasta menambahkan pengeluaran melalui penambahan tenaga kerja. Pengurangan cukai juga akan menggalakkan individu dan sektor swasta meningkatkan tabungan dan pelaburan. Peningkatan pengeluaran dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi tanpa mewujudkan inflasi. Fahaman ekonomi yang di pelopor oleh Laffer ini mengurangkan kadar pengangguran, dan ini bertentangan dengan ekonomi sebelah permintaan yang dipelopori oleh Keynes.
Islamic Centre for the Development of Trade (ICDT)Pusat Pembangunan Perdagangan Islam (ICDT)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaOrganisasi subsidiari Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bermatlamat untuk menggalakkan perdagangan antara negara anggota. Organisasi ini memberikan nasihat, menyebarkan maklumat dan menganjurkan seminar, pesta perdagangan dan pameran bagi menggalakkan perdagangan. Lihat juga Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
12345678910...

Kembali ke atas