Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ga.li] | مڠݢالي

Definisi : Ph mengorek (kubur); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.li] | مڠݢالي

Definisi : 1. membuat lubang dlm tanah dgn menggunakan alat, mesin, dll (utk mendapat air, menanam, mengambil sesuatu dr dlm tanah, dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dgn menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya utk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia; ~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dalam, nan digantungkan tinggi prb yg sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.li] | مڠݢالي

Definisi : 1 mengorek tanah supaya berlubang utk membuat perigi dll: Sehari suntuk dia ~ perigi di belakang rumahnya. 2 mengambil sesuatu dr dlm tanah dgn membuat lubang: ~ ubi; ~ emas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggali

Puisi
 

Terang bulan menggali ubi,
     Ubi digali lagi muda;
Kalau tuan tak tahan rugi,
     Janganlah bermain dari mula.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Menggali lubang,
     menutup lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hoekeri; cangkul; tajakPertanianTiadaAlat untuk menggali, mengawal rumpai dan melonggarkan tanah.
tree pit preparationpenyediaan lubang pokokLandskapTiadaOperasi menggali lubang dan memasukkan bahan organan ke dalam lubang penanaman sebelum memasukkan pokok ke dalam lubang tersebut.
dredgekorek; kapal korekGeografiTiada1. Korek: Perihal mengorek atau menggali. 2. Kapal Korek: Sejenis alat yang digunakan untuk melombong bijih timah.
dredgekorek; kapal korekKejuruteraanTiada1. Korek: Perihal mengorek atau menggali. 2. Kapal Korek: Sejenis alat yang digunakan untuk melombong bijih timah.
burn pitkolam bakarKejuruteraanPetroleumKolam yang dibuat dengan cara menggali tanah dan digunakan sebagai tempat untuk membakar minyak buangan atau bahan-bahan buangan lain yang tidak boleh digunakan lagi.
burrowingpenggalianSains MarinTiadaAktiviti organisma marin yang melakukan aktiviti menggali atau mengorek ke dalam sedimen. Lihat juga organisma penggali.
burrowing organismorganisma penggaliSains MarinTiadaOrganisma infauna yang mempunyai keupayaan menggali ke dalam sedimen. Organisma penggali sangat penting kepada ekosistem bentik kerana aktiviti organisma penggali mempengaruhi kedinamikan, irigasi dan kadar pengoksigenan sedimen. Contohnya, kerang, ikan belacak, siput pepahat, cacing poliket dan lain-lain. Lihat juga biokacauan.
depth interviewtemu ramah mendalam/temu bual mendalamSosiologiTiadaSatu wawancara yang berusaha menggali faktor-faktor dasar, dengan memberikan dorongan kepada seseorang untuk memperlihatkan pola-pola tingkah laku yang akhirnya dapat dianalisis.
crowd shovelpenyodok mukaKejuruteraanTiadaAlat tambahan yang dipasang pada pengorek, yang digunakan untuk menggali jauh ke dalam tebing dengan timba bergigi yang terikat pada lengan yang tegar.
scourkeruk; kedukGeografiTiadaKuasa hakisan air yang mengalir sama ada di alur sungai yang arus alirannya menggali sebuah lekukan di bahagian luar selekoh sungai atau di muara sungai oleh arus pasang surut.
12

Kembali ke atas