Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gam.bar] | مڠݢمبر

Definisi : melukis (membuat) gambar: ia suka ~ pemandangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gam.bar] | مڠݢمبر

Definisi : membuat gambar; melukis gambar: Dia pandai sekali ~ orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggambar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah perkataan bandar agropolitan digunakan? Semakan istilah: Bandar Interaktif Agro Teknologi, Bandar Interaktif Agro Ekonomi, Bandar Interaktif Agro Pelancongan. Bolehkan semua istilah ini digunakan untuk menggambar sebuah kawasan petempatan yang sedang membangunkan dan produk utamanya berasaskan pertanian komersial. Contohnya: Kerian Bandar Interaktif Agro Teknologi.Ejaan yang betul ialah agroteknologi, agroekonomi dan agropelancongan. Pada pandangan kami bagi menamakan sebuah petempatan yang berasaskan pertanian komersial sebagai kegiatan utamanya ialah Bandar Interaktif Agroekonomi.Tatabahasa18.03.2013
Saya sedang membina Modul Pengurusan Kemarahan Remaja menggunakan Art Therapy. Boleh ke frasa Art Therapy tu saya terjemahkan kepada Terapi Seni? Saya telah merujuk kepada beberapa pakar Art Therapy tetapi mereka tidak izinkan kerana menurut mereka Terapi Seni tidak menggambar art therapy. Apakah pandangan tuan/puan?Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "Art Therapy" dalam pangkalan data kami. Sekiranya "Terapi Seni" tidak sesuai, sila berikan konsep atau maksud "Art Therapy" supaya kami boleh cadangkan padanan bahasa Melayu yang lain.Istilah10.10.2014
Please advise the BM translation for 'Come with attractive metallic colours'. Thank you.Untuk makluman tuan, seelok-eloknya frasa ini diterjemahkan dahulu dan kami akan membuat semakan terjemahan tersebut. Namun untuk tidak menghampakan harapan tuan, kami cadangkan frasa ini diterjemahkan kepada "dalam warna metalik yang menarik". Jika tuan mendapati terjemahan ini kurang tepat untuk menggambar konteks sebenar keseluruhan ayat, sila gantikan dengan terjemahan lain yang lebih tepat.Penyemakan dan penterjemahan04.04.2014
Selamat pagi. Sekadar ingin bertanyakan terjemahan paling sesuai untuk perkataan "urban legend" iaitu kejadian yang dianggap berlaku namun sebenarnya tidak. Terima kasih. Yang benar, HamdanTidak ada terjemahan urban legend dalam pangkalan data kami. Dalam konteks budaya kita, genre yang boleh menggambarkan maksud perkataan urban legend ialah cerita jenaka, cerita seram dan cerita rakyat, namun tiada satu kata atau frasa yang boleh menggambar maksudnya.Penyemakan dan penterjemahan09.12.2014
definisi melukis dan menulisMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, melukis ialah 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg indah-indah; 2. merupakan dgn gambar, menggambarkan: dia ~ sebuah bulatan; manakala menulis ialah 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~; 2. melahirkan perasaan (fikiran dll) dgn catatan yg memakai huruf, membuat surat, mengarang: tiada empat orang dlm negeri ini yg tahu ~ spt tuan ini; jika yg ditulis olehnya berlawanan dgn yg sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yg amat berbahaya; 3. sl membuat gambar, menggambar, melukis: laksana gambar baru ditulis; 4. membuat kain batik (dgn tangan), membatik;Makna02.08.2010
apakah perbezaan penggunaan perkataan 'kefahaman' dan 'pemahaman' serta 'penulisan' dan 'menulis'. yang manakah yang betul,? ujian kefahaman/pemahaman dan pertandingan menulis/penulisan cerpenPemahaman ialah perihal memahami, apa yg difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan: kesan yg paling ketara yg saya peroleh drpd kursus ini ialah ~ saya tentang hakikat Islam sbg tatacara hidup yg lengkap. Manakala kefahaman pula ialah 1. hal faham akan sesuatu; keupayaan memahami sesuatu: Setelah dibuat penilaian, barulah diketahui tahap ~ muridnya. 2. sesuatu yg difahamkan: ujian ~. Penulisan ialah perihal atau kegiatan dsb menulis (mengarang dll), hasil drpd menulis (menga­rang dll): dlm usaha meringankan hikayat ini saya telah mengikuti gaya ~ yg asal; versi 1965 ialah ~ kembali teori asal dgn beberapa pindaan dan tambahan; Menulis pula ialah 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~; 2. melahirkan perasaan (fikiran dll) dgn catatan yg memakai huruf, membuat surat, mengarang: tiada empat orang dlm negeri ini yg tahu ~ spt tuan ini; jika yg ditulis olehnya berlawanan dgn yg sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yg amat berbahaya; 3. sl membuat gambar, menggambar, melukis: laksana gambar baru ditulis; 4. membuat kain batik (dgn tangan), membatik; Oleh itu, ayat yang betul ialah 1. ujian kefahaman. 2. pertandingan menulis cerpen.Lain-lain15.08.2010

Kembali ke atas