Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gam.bar.kan] | مڠݢمبرکن

Definisi : 1. membuat gambar utk: guru ~ muridnya seekor singa; 2. melukiskan, membayangkan: lukisan ini ~ penderitaan rakyat yg miskin; dapat digambarkannya bagaimana rakan-rakannya pd hari itu bersuka ria; 3. mengisahkan atau membayangkan sesuatu keadaan dsb: pepatah ini ~ satu hakikat yg tidak boleh dinafikan dlm kehidupan sehari-hari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gam.bar.kan] | مڠݢمبرکن

Definisi : 1 membuat gambar utk: Amin ~ adiknya seekor harimau. 2 melukis supaya menyerupai sesuatu: Ali ~ Ahmad berpakaian tentera laut. 3 menjadikan dpt diketahui atau dpt dibayangkan dlm fikiran; membayangkan: Lukisan ini ~ penderitaan rakyat di kawasan luar bandar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggambarkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah perkataan seperti menggambarkan, menjelaskan dan menerangkan digunakan bagi menggantikan perkataan ialah dan merupakan. Contoh: Proses kehamilan menggambarkan/menerangkan/menjelaskan tempoh pembentukan janin dalam rahim ibu. Kebiasaannya kita dengar, Proses kehamilan ialah/merupakan tempoh pembentukan janin dalam rahim ibu.

Perkataan menggambarkan, menjelaskan dan menerangkan tidak sama maksud bagi perkataan merupakan atau ialah. Menggambarkan merujuk kepada gambaran, menerangkan merujuk penerangan dan menjelaskan merujuk kepada penjelasan. Oleh itu, ayat tersebut kurang tepat untuk digunakan jika digantikan dengan perkataan merupakan atau ialah. 
Tatabahasa07.02.2021
Adakah segitiga dan tigasegi mempunyai maksud yg sama bagi menggambarkan bentuk yg mempunyai 3 bucu ? Penggunaan kata yg manakah paling sesuai menggambarkan bentuk yg mempunyai 3 bucu ,.... segitiga atau tigasegi?Yang betul ialah segi tiga, justeru perkataan sesuai menggambarkan bentuk yang mempunyai tiga bucu ialah segi tigaMakna21.05.2007
1. Adakah kata 'buruk' digunakan untuk menggambarkan buah-buahan? 2. Adakah 'meningkatkan harga' digunakan untuk menunjukkan kenaikan harga?1. Antara frasa adjektif yang boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan buah-buahan ialah busuk dan rosak. Kata adjektif buruk tidak sesuai untuk menggambarkan sifat/keadaan buah-buahan.


2. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, meningkatkan bermaksud meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi.


Manakala menaikkan pula bermaksud  menjadikan naik; meletakkan di tempat yang tinggi; me­ninggikan: ~ bendera. 2 meletakkan barang ke atas kereta, kapal dll: Kuli sedang sibuk ~ barang-barang ke kapal. 3 men­jadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dsb). 4 menjadikan bertambah kuat (bkn semangat, kemarahan dan sebagainya): Keja­yaan abangnya telah ~ semangat Amin untuk belajar bersungguh-sungguh. 5 menjadikan naik (berkenaan adunan kuih); mengembangkan: Serbuk penaik dicam­purkan sedikit untuk ~ adunan itu. ~ gaji meninggikan gaji. ~ harga meninggikan harga.



Frasa yang lebih sesuai ialah menaikkan harga yang menunjukkan kenaikan harga barg/meninggikan harga.
Tatabahasa13.02.2015
Saya ingin bertanya mengenai perkataan resilient. Bolehkah saya menggunakan perkataan tersebut untuk menggambarkan sifat peribadi individu seperti semangat tidak mudah lentur atau ada perkataan lain yang boleh menggambarkan sifat individu?Perkataan "resilient" boleh digunakan untuk menggambarkan semangat tidak mudah lentur.Makna07.11.2021
Untuk menggambarkan pemakaian yang seksi atau tidak senonoh, sepatunya menggunakan "mencolok mata" atau "menjolok mata"?Perkataan yang sesuai ialah "mencolok mata"Tatabahasa26.02.2017
Saya ingin menggambarkan jenama ini untuk pelbagai lapisan masyarakat. Ayat yang mana sesuai? 1. (Jenama). Untuk setiap kamu. 2. (Jenama). Untuk kamu semua. 3. (Jenama). Untuk semua. Terima kasih.

Kami mencadangkan penggunaan frasa “untuk semua” atau “untuk anda”. Walau bagaimanapun, pemilihan frasa bergantung kepada kesesuaian konteks penggunaan dalam teks.

Tatabahasa12.03.2024
Minta pakar bantu, Apakah perkataan yang dapat menggambarkan - sesuatu perkembangan tidak berkembang- penggunaan kata "berhenti" tidak dapat menggambarkan secara tepat keadaan tersebut. Dalam Bahasa Inggeris, stagnant dalam Bahasa Indonesia, stagnasi - kata adjektif ? boleh digunakan dalam BM. CONTOH AYAT: PERKEMBANGAN PROJEK ITU TELAH STAGNASI SEHINGGA HARI INI. (berhenti - rasa tidak tepat)Perkataan yang sesuai bagi merujuk konteks ayat yang diberi ialah TERHENTI.Istilah09.12.2017
Apakah kata seru yang sesuai untuk menggambarkan bunyi batuk?Kata seru berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan tidak termasuk untuk menggambarkan bunyi batuk.Tatabahasa18.04.2012
Terima kasih di atas jawapan yang diberikan. Bagaimana pula sekiranya syarikat kami ingin meletakkan “Pejabat Urusan dan Workshop”. Apakah perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkan tajuk tersebut. Kami cuba meletakkan perkataan “bengkel” tetapi tidak bersesuaian kerana ianya seolah-olah menggambarkan bengkel kereta, dan sebagainya. Adakah sebarang perkataan yang lebih sesuai bagi menggambarkan pejabat kami sebagai sebuah bengkel yang berkaitan dengan urusan selenggara pam. Mohon penjelasan yang lebih tepat dari pihak tuan. Sekian terima kasih.Kami mencadangkan "pejabat Urusan dan Pusat Latihan", keterangan aktiviti bagi syarikat tuan.Tatabahasa21.11.2014
Salam, saya ingin tahu apakah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan takut apabila melihat pokok-pokok yang tinggi di dalam hutan. Bolehkah perkataan 'gayat' digunakan untuk menggambarkan perasaan itu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, gayat bermaksud takut untuk melihat sesuatu dari atas ke bawah. Tetapi, dalam kes ayat yang saya berikan, perasaan takut itu datang apabila melihat sesuatu yang besar dan tinggi dari bawah. Bolah saudara@saudari jelaskan? Terima kasih.Tuan/puan boleh menggunakan perkataan "gerun" bagi mengambarkan keadaan di atas. Gerun membawa maksud takut, ngeri, gamang: dia gerun dgn keadaan dlm hutan; ~ gementar takut yg amat sangat: hati mereka ~ gementar kerana mereka yakin akan kembali kpd Tuhan mereka; menggerunkan menimbulkan rasa gerun: peristiwa itu ~, ngeri, dan menakutkan; angkatan tentera yg terkuat, yg dapat ~ musuh; kegerunan perasaan atau keadaan gerun, kengerian, ketakutan: kumpulan kongsi gelap itu benar-benar menimbulkan ~ di kalangan orang awam; penggerun (orang, benda) yg menimbulkan gerun: azimat ~.Istilah23.05.2013
12345678910...

Kembali ke atas