Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gam.bar.kan] | مڠݢمبرکن

Definisi : 1. membuat gambar utk: guru ~ muridnya seekor singa; 2. melukiskan, membayangkan: lukisan ini ~ penderitaan rakyat yg miskin; dapat digambarkannya bagaimana rakan-rakannya pd hari itu bersuka ria; 3. mengisahkan atau membayangkan sesuatu keadaan dsb: pepatah ini ~ satu hakikat yg tidak boleh dinafikan dlm kehidupan sehari-hari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gam.bar.kan] | مڠݢمبرکن

Definisi : 1 membuat gambar utk: Amin ~ adiknya seekor harimau. 2 melukis supaya menyerupai sesuatu: Ali ~ Ahmad berpakaian tentera laut. 3 menjadikan dpt diketahui atau dpt dibayangkan dlm fikiran; membayangkan: Lukisan ini ~ penderitaan rakyat di kawasan luar bandar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggambarkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TABES

Tabes, bermakna badan yang menyusut. Perkataan

ini pernah digunakan untuk menggambarkan

keadaan yang menyebabkan penyusutan ini. Namun,

kini penggunaannya secara eksklusifnya adalah

untuk menggambarkan penyusutan badan yang

disebabkan oleh sifilis, sejenis penyakit kelamin.

Dalam keadaan ini ia dikenali sebagai tabes dorsalis

yang bermakna penyusutan di bahagian dorsal

(belakang) saraf tunjang. Seseorang yang mengalami

keadaan ini menghadapi kesukaran untuk

mengimbangkan pergerakannya. Dia juga mungkin

kehilangan deria rasa di bahagian tangan dan kaki,

dan otot kakinya menjadi semakin lemah. Saraf

optik, iaitu sejenis saraf mata, juga mungkin terjejas.

UMUM 
THOMPSON, FRANCIS

Thompson, Francis (1859–1907) ialah penyair

Inggeris. Dia menghasilkan puisi penuh emosi

yang menggambarkan kepercayaannya yang

mendalam terhadap Roman Katolik. “ The Hound of

Heaven ” (1893) ialah karyanya yang paling terkenal.

Puisi tersebut menggambarkan Jesus Christ

sebagai pemburu yang baik hati yang mendalami

dan akhirnya menghayati jiwa penyair yang

terawang-awang.

UMUM 
TIRANI

Tirani ialah istilah yang digunakan dalam sejarah

untuk menggambarkan corak pemerintahan oleh

seorang pemerintah yang mempunyai kuasa

mutlak. Pada zaman Yunani purba, tirani

bermaksud pemerintahan mutlak oleh seorang

pemerintah. Kebanyakan tirani Yunani adalah

pemerintahan yang baik dan bertanggungjawab.

Istilah tirani boleh juga digunakan untuk

merujuk kepada kerajaan yang diperintah oleh

pemerintah mutlak yang mendapat kuasa melalui

kekerasan tentera atau muslihat politik.

Pemerintah seperti ini tidak akan mendapat

sokongan majoriti rakyat dan perlu menggunakan

kekerasan untuk mengekalkan kekuasaan.

Satu lagi maksud tirani ialah kerajaan yang

menggambarkan seorang atau sekumpulan orang

yang memerintah dengan kejam, menindas, atau

tidak adil.

UMUM 
SACKVILLE-WEST, VICTORIA MARY

Sackville-West, Victoria Mary (1892–1962) ialah

penulis wanita Inggeris. Bukunya menggambarkan

latar belakang keluarganya, daripada golongan

bangsawan luar bandar. Dia sering dikenali sebagai

Vita Sackville-West. Novelnya yang terkenal, The

Edwardians (1930), menyelidik kehidupan kelas

atasan orang Inggeris semasa pemerintahan Edward

VII pada awal tahun 1900-an. Dengan

berlatarbelakangkan kawasan luar bandar, buku

tersebut cuba menggambarkan aspek sosial dan

emosi pada masa tersebut. Dia juga menulis tentang

kehidupan luar bandar dalam novel All Passion Spent

(1931) dan The Dark Island (1934); dalam buku bukanfiksyen

Country Notes (1939), English Country Houses

(1941) dan In Your Garden (1951); dan dalam banyak

puisi. Buku puisinya yang terkenal ialah The Land

(1929).

UMUM 
PERSONIFIKASIungkapan kiasan yang menggambarkan kualiti manusia pada entiti bukan manusia.BAHASAKonsep
MORES

Mores ialah adat resam yang menggambarkan

idea sesebuah masyarakat mengenai yang betul

dan yang salah. Contoh mores termasuk larangan

dalam kebanyakan masyarakat tentang

pembunuhan, kanibalisme, dan inses (perbuatan

sumbang muhrim). Orang yang mencabuli mores

masyarakatnya, akan menghadapi tentangan dan

hukuman yang keras. Istilah mores berasal

daripada perkataan Latin yang bermaksud adat.

UMUM 
PUISI SIMFONI

Puisi simfoni ialah komposisi orkestra yang

cuba menggambarkan idea bukan muzik dalam

muzik. Penggubah mengasaskan puisi simfoni

pada puisi, lakonan, cerita, episod dari sejarah,

pemandangan alam, lukisan dan kenyataan falsafah.

Puisi simfoni berkembang daripada overtur

konsert . Seperti overtur konsert, kebanyakan puisi

simfoni terdiri daripada satu babak (bahagian).

Tetapi sesetengahnya ditulis dengan lebih bebas

dan lebih panjang.

UMUM 
PUNCAK MENARA

Puncak menara , istilah seni bina yang

digunakan untuk menggambarkan struktur tirus

yang terletak di atas sebuah menara. Kebanyakan

puncak menara tinggi dan meruncing ke atas. Ia

mungkin berbentuk seperti piramid yang

memanjang, berbentuk kon atau oktagon.

Kebanyakan puncak menara diperbuat daripada

batu atau kayu yang dilitupi dengan kerikil atau

sabak.

UMUM 
STEVENS, WALLACE

Stevens, Wallace (1879–1955) ialah pemuisi

Amerika. Dia menggambarkan manusia sebagai

makhluk yang hanya hidup di dunia tanpa harapan

untuk dihidupkan semula. Menurut pandangan

Steven, manusia setiap kali menghadapi alam yang

kelihatan tidak berbeza, ketentuan kematian

mereka sendiri, dan kesedaran mereka tentang

akhlak dan fizikal di sekeliling mereka. Manusia

diselamatkan daripada situasi magik yang

berpotensi dengan menggunakan imaginasi.

Imaginasi boleh memberi makna kepada

kekeliruan realiti. Imaginasi juga boleh menemui

keindahan dalam alam yang tidak berbeza

pemikiran tentang kematian dengan berasa takjub

kerana masih hidup. Stevens meneroka kebaikan

hidup yang berimaginasi dalam puisinya yang agak

mudah seperti “Sunday Morning” dan “The

Emperor of Ice Cream”, dan dalam puisi-puisi yang

lebih panjang, lebih kompleks seperti “The Man

with the Blue Guitar” dan “Esthétique du Mal”.

UMUM 
ORANG GASAR

Orang gasar atau Barbarian, ialah perkataan

yang digunakan untuk menggambarkan orang

yang tidak bertamadun atau tidak berpendidikan. Ia

berasal daripada perkataan Yunani barbaros , yang

pada mulanya hanya bermaksud orang yang

bertutur dalam bahasa yang tidak difahami oleh

orang Yunani purba. Tetapi tidak lama kemudian

perkataan ini juga membawa maksud bukan-

Yunani atau orang asing.

UMUM 
123456789

Kembali ke atas