Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gam.bar.kan] | مڠݢمبرکن

Definisi : 1. membuat gambar utk: guru ~ muridnya seekor singa; 2. melukiskan, membayangkan: lukisan ini ~ penderitaan rakyat yg miskin; dapat digambarkannya bagaimana rakan-rakannya pd hari itu bersuka ria; 3. mengisahkan atau membayangkan sesuatu keadaan dsb: pepatah ini ~ satu hakikat yg tidak boleh dinafikan dlm kehidupan sehari-hari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gam.bar.kan] | مڠݢمبرکن

Definisi : 1 membuat gambar utk: Amin ~ adiknya seekor harimau. 2 melukis supaya menyerupai sesuatu: Ali ~ Ahmad berpakaian tentera laut. 3 menjadikan dpt diketahui atau dpt dibayangkan dlm fikiran; membayangkan: Lukisan ini ~ penderitaan rakyat di kawasan luar bandar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggambarkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
absurdabsurdKesusasteraanTiada1. Istilah yang berasal dari perkataan Latin 'absurdum' bermaksud sesuatu yang bertentangan atau tidak selari. 2. Sesuatu yang tidak menggambarkan realiti, tetapi menggambarkan di sebalik realiti dan merupakan realiti.
bushbelukar; sesendalGeografiTiada2. Belukar: Istilah umum menggambarkan kawasan belum diterokai atau dibangunkan berbanding dengan kawasan pertanian atau kawasan yang telah diduduki. Lebih terperinci menggambarkan pokok-pokok kecil yang terdapat berselerak pada kawasan-kawasan kering.
hodographhodografMekanikGunaanLengkung yang bertangen dengan vektor pecutan pada semua titik. Hodograf menggambarkan pecutan dengan cara yang serupa seperti laluan menggambarkan halaju.
phenogramfinogramBioinformatikBioinformatik MolekulSalah satu daripada jenis dendrogram. Setiap takson mempunyai panjang cabang yang tidak sama. Nod luar bagi setiap takson berada pada paras yang sama untuk menggambarkan persamaan antara mereka secara keseluruhan dan tidak menggambarkan hubungan evolusi. Pepohon ini digunakan untuk menggambarkan persamaan takson dalam satu kelompok tanpa mengambil kira hubungan evolusi.
ground-water recession curvelengkung rosotan air tanahHidrogeologiTiadaGraf yang menggambarkan rosotan larian air tanah atau luahan mata air, sebenar atau yang dikira. Satu lengkung yang dibina dalam proses pembahagian hidrograf kepada komponennya untuk menggambarkan pemerosotan masukkan air tanah selepas larian permukaan ke alur berhenti. Ruj.: Chow 1964 Sin.: lengkung surutan larian dasar
secular trendarah aliran sekularEkonomiTiadaKecenderungan pergerakan jangka panjang aktiviti ekonomi yang mengikut suatu arah aliran tertentu. Arah aliran mungkin negatif, yang menggambarkan penurunan, atau positif yang menggambarkan peningkatan. Perubahan kecenderungan mungkin berpunca daripada perubahan cita rasa yang mengubah corak permintaan atau perubahan cita rasa yang mengubah corak permintaan atau perubahan teknologi yang mengubah kaedah pengeluaran. Misalnya, kemerosotan yang berpanjangan dalam penggunaan beca yang disebabkan oleh proses pemodenan. Perubahan permintaan yang berlaku mengikut musim tidak dinamakan perubahan arah aliran sekular.
oriental despotismkuku besi ketimuranSains PolitikPolitik PerbandinganSistem yang menggambarkan pemerintahan kuku besi yang sangat terkawal apabila kuasa dalam pemerintahan ini tertumpu kepada sebilangan kecil pemerintah yang mendominasi segala aktiviti sosial, ekonomi dan politik. Pemerintahan juga tidak berlandaskan undang-undang sebaliknya menggunakan kuasa tentera untuk menghapuskan sebarang gerakan menentang kerajaan. Dalam sistem ini, kebebasan dan keadilan tidak mendapat tempat. Dari segi sejarah, konsep despotisme mula diperkenal oleh Monstesquieu yang cuba menggambarkan bagaimana perkembangan dan perubahan cuaca dan iklim sangat mempengaruhi budaya dan kehidupan masyarakat Asia. Konsep ini kemudiannya dikembangkan oleh Marx yang menjelaskan sifat Asiatic Mode of Production atau bentuk pengeluaran masyarakat timur yang dicirikan sebagai ringkas, tradisional, sara diri dan enggan menerima inovasi. Wittfogel seterusnya mengembangkan konsep ini dalam karyanya Oriental Despotism yang menghuraikan sifat masyarakat hidraulik atau keperluan penggunaan sistem terusan air yang besar dan terancang bagi kepentingan pembangunan ekonomi masyarakat timur. Justeru itu, ia memerlukan satu kerajaan yang terpusat, terkawal, berkuasa dan menekan.
zero-sum gamemainan campur tolakSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan yang menggambarkan keuntungan kepada sesuatu pihak dan membawa kerugian kepada pihak lain. Keadaan ini hanya membenarkan seorang juara atau pemenang dan tidak boleh dikongsi bersama. Contohnya, perebutan takhta oleh dua orang putera raja. Kemenangan salah seorang membawa makna kekalahan kepada pihak yang satu lagi. Kedua-dua putera tidak boleh menjadi raja dalam satu masa. Sifat politik Malaysia dari perspektif perkauman sering menggambarkan mainan campur tolak apabila sesuatu kaum yang mendominasi sesuatu bidang akan membawa kepada usaha pengekalan status quo. Sinonim mainan zero-sum.
illustratemenggambarkan; menjalankan; mencontohkan; lukiskanPendidikanTiadaTiada
visualizemenggambarkanPendidikanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas