Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gan.ding] | مڠݢانديڠ

Definisi : 1. menarik sesuatu yg diikat di samping atau di belakang: sebuah kepala kereta api dapat ~ berpuluh-puluh gerabak; 2. memegang tangan, memimpin: orang buta itu diganding oleh seorang budak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gan.ding] | مڠݢانديڠ

Definisi : 1 memegang tangan; memimpin: Saodah bersiar-siar di taman bunga sambil ~ anaknya. 2 menarik sesuatu benda yg berkait dgn benda yg menarik; menghela sesuatu yg bersambung dgn benda yg menghela: Sebuah kepala kereta api dpt ~ beberapa buah gerabak yg sarat dgn barang-barang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengganding


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
selamat sejahtera, saya ingin tahu 1) maksud perkataan MENGGANDINGI.. ianya sempena Hari Kastam Sedunia,, saya nampak perkataan ini digunakan.. 2) adakah penggunaan perkataan ini betul?Kamus Dewan Edisi Keempat (DBP, 2005) dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), tidak merakamkan kata "menggandingi" dan maknanya.

Kata yang terakam ialah kata ganding1, berganding, bergandingan, mengganding, menggandingkan, mempergandingkan, gandingan, pengganding, dan seganding.
Turut dirakamkan kata ganding2 (tumbuhan) dan ganding3 (berlabel Minangkabau).

Untuk maklumat berkenaan makna dan contoh penggunaan kata tersebut, sila rujuk kamus terkini terbitan DBP (halaman 622-623).
Makna24.01.2024

Kembali ke atas