Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gan.ti] | مڠݢنتي

Definisi : 1. menukar (dgn yg lain, yg baru, dll), menjadikan berganti: pegawai ini perlu diganti dgn seorang yg lebih cekap; 2. memberikan sesuatu kpd seseorang dll sbg cara memulangkan barang dsb yg sudah dihilangkan (dirosakkan dsb), memberi (membayar) ganti rugi: saya tidak dapat ~ pen awak yg sudah hilang itu; 3. mengambil tempat seseorang utk menjalankan sesuatu tugas dll: mengapa cikgu kita tidak mahu ~ guru besar dlm mesyuarat itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gan.ti] | مڠݢنتي

Definisi : 1 menukar dgn yg lain; membuat berganti: Ahmad telah ~ atap rumah yg bocor itu dgn yg baru. 2 memberikan wang, barang dll sbg ganti rugi; memberikan ganti rugi: Saya sanggup ~ segala perbelanjaan utk membaiki kereta ini. 3 mengambil alih pekerjaan, tugas dll drpd orang lain: Apabila dia bersara nanti, siapakah yg akan ~nya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengganti

Puisi
 

Dari Beaufort pergilah Lumadan,
     Selalu ingin berlari-lari;
Kalau terluput nyawalah di badan,
     Barulah boleh adik mengganti.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, apakah perbezaan maksud antara "mengganti" dengan "menggantikan"? Saya hanya mengingini tuan menerangkan perbezaan antara maksud ketiga "mengganti" dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, iaitu mengambil alih pekerjaan, tugas dll daripada orang lain dengan maksud "menggantikan" dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, yakni membenarkan orang lain melakukan sesuatu sebagai ganti orang yang mula-mula. Dengan mengikut dua makna ini, bagaimanakah "mengganti" dan "menggantikan" digunakan dalam ayat?Lihat ayat contoh yang ada: Apabila dia bersara nanti, siapakah yg akan menggantinya? dan Akhirnya Tun Perak dilantik oleh Raja menggantikan ayahnya menjadi Bendahara. Dalam ungkapan umum kita sering menggunakan ungkapan "menggantikan" dan tidak perlu kita mencari perbezaan yang rinci antara kedua-dua kata tersebut. Jika untuk tujuan peperiksaan, sila rujuk pihak guru yang terlibat secara langsung dengan bidang tersebut.Tatabahasa30.12.2014
Apakah maksud "mengganti bayar"? Contoh ayat:Bagaimanapun,tuntuntan bagi mengganti bayar ini hanya akan diterima jika kanak-kanak itu mempunyai harta bagi membayarnya.

Cadangan maksud yang sesuai berdasarkan contoh ayat yang diberikan ialah “pampasan”.

Makna28.04.2022
Merujuk soalan saya dan jawapan yang berikut: 2. perkataan yang manakah yang tepat? kita perlu minum untuk menggantikan/mengganti air yang keluar dari/ daripada badan. "kita perlu minum untuk menggantikan air yang keluar daripada badan" mengapakah perkataan "mengganti" tidak sesuai dengan konteks ayat? harap berikan penjelasan. terima kasih.Yang betul ialah Kita perlu minum untuk menggantikan air yang keluar daripada badan. Menggantikan -kata kerja transitf daripada- sumberTatabahasa16.11.2007
Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Mohon pencerahan tentang perkataan yang dikatakan sebagai kata nama khas bagi mengganti maksud contohnya :- warga johor = johorean warga kelantan = kelantanese bekas pelajar st john = johannian Untuk makluman tuan/puan kebelakangan ini terdapat banyak pertubuhan/persatuan yang ingin mendaftarkan nama dengan perkataan-perkataan seperti di atas tetapi agak sukar untuk membuat keputusan kerana saya tidak pasti kesahihan penggunaan perkataan itu adakah tepat atau tidak tepat dikhuatiri salah dalam penggunaan Bahasa Kebangsaan bagi maksud rasmi. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

Setakat ini belum ada data menunjukkan kata nama khas bagi mengganti maksud seperti yang dinyatakan. Penggunaan kata seperti warga Johor dan warga Kelantan yang betul penggunaannya.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain28.11.2018
Etimologi istilah beluncas yang mengganti istilah ulat bulu.Beluncas tidak menggantikan ulat buluBeluncas ialah sejenis ulat bulu yang suka memakan daun-daun kayu; larva serangga. Ulat bulu ialah ulat yang berbulu badannya.Istilah20.10.2018
Perkataan "ekspektasi" sering diguna untuk mengganti perktaan bahasa Inggeris"expectation". Adakah perkataan Bahasa Malaysia yang lebih sesuai?Perkataan ekspektasi tidak ada dalam bahasa Melayu, terjemahan/padanan expectation dalam bahasa Melayu ialah jangkaan atau harapan (mengikut bidang penggunaannya).Istilah17.06.2009
Perkataan depositori samada sesuai digunakan bagi mengganti penyerahan iaitu: Pusat Penyerahan Koleksi Negeri kepada Pusat Koleksi Depositori Negeri terima kasih ....Depositori bermaksud badan yang di­amanahkan untuk menyimpan sesuatu (seperti dokumen, wang, sekuriti dan bon) untuk tuju­an keselamatan. Berdasarkan penggunaan perkataan depositori  dalam istilah seperti Syarikat Amanah Depositori, tidak membawa maksud penyerahan.Tatabahasa09.01.2015
Kekeliruan penggunaan kata ganti tak tentu, mana-mana - untuk mengganti nama benda atau nama tempat yang tidak tentu. Contoh soalan, "----------------peserta yang terpilih dalam sesi latihan pada petang ini akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Bagi------------------yang tidak terpilih jangan berputus asa, cuba lagi. A. Apa-apa, bila-bila B. Siapa-siapa, mana-mana C. Mana-mana, siapa-siapa D. Berapa-berapa, siapa-siapa

Encik Paul,

Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlm. 87):  kata ganti diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara, atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda atau orang. Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan. Contohnya:

apa-apa:   Bawalah apa-apa yang ada.

mana-mana: Ambillah mana-mana yang anda suka.

siapa-siapa (sesiapa); Siapa-siapa pun boleh bersuara.

Oleh itu, berdasarkan keterangan di atas, ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

Siapa-siapa (Sesiapa) peserta yang terpilih dalam sesi latihan pada petang ini akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Bagi mana-mana yang tidak terpilih jangan berputus asa, cuba lagi. 

 

Tatabahasa28.02.2009
Pada 2 April, sekolah akan (menjalankan / mengadakan) kelas tambahan untuk mengganti cuti Hari Raya. Jadual waktu hari selasa akan (diguna / digunakan) pada hari tersebut. 1. menjalankan/mengadakan - yang mana satu kata kerja betul? 2. diguna atau digunakan?

1. Pada 2 April 2011, sekolah akan mengadakan kelas tambahan untuk menggantikan cuti Hari Raya.

2. Jadual waktu hari Selasa akan digunakan pada hari tersebut.

Tatabahasa06.04.2011
soalan kedua saya ialah, panggilan "Ah Moi" pada perempuan berbangsa cina. Ada tak perkataan lain yang dapat mengganti panggilan ini dengan lebih sopan? Ini adalah kerana pada pendapat saya, panggilan ini dalam masyarakat cina terutama orang kantonis, maksudnya adik perempuan, tetapi pada sesetengah orang, panggilan sebegini adalah panggilan untuk orang gaji mereka. Kadang-kala, penggunaan panggilan ini akan menyebabkan situasi yang kurang sopan dan salah faham antara bangsa.Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pada pandangan saya panggilan 'Ah Moi' lebih kepada dialek tempatan yang digunakan dalam daerah tertentu dan dalam konteks yang tidak rasmi. Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maksud bagi gelaran tersebut. Oleh itu, untuk mengelak salah faham tentang penggunaan gelaran itu sebaik-baiknya kita menggunakan gelaran yang baik seperti 'cik' untuk yang belum berkahwin dan 'puan' untuk wanita yang telah berkahwin.Lain-lain10.12.2010
123

Kembali ke atas