Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gan.tung.kan] | مڠݢنتوڠکن

Definisi : 1. menyangkutkan pd paku dll atau mengikatkan pd sesuatu dsb supaya terletak pd tempat yg tinggi, menjadikan bergantung: ia ~ semua kad Hari Raya pd tali yg direntang; 2. menyandarkan (nasib, pekerjaan, dll) pd, mengharapkan (pertolongan dll) drpd, meletakkan (harapan dsb): mereka ~ harapan hari depan mereka pd kejayaan Hanifah dlm pelajarannya; digantungkan tinggi, digalikan dalam prb perjanjian yg dibuat dgn syarat-syarat yg teguh; ~ kain kotor di muka pintu prb perihal perbuatan yg pandir yg memberi malu pd diri sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gan.tung.kan] | مڠݢنتوڠکن

Definisi : 1 menyangkutkan sesuatu pd; menjadikan bergantung: Kerana aku terlalu suka main layang-layang, bapa telah ~ tali layang-layang itu pd leherku. 2 menyerahkan halnya kpd; mengharapkan sesuatu drpd: Mereka ~ harapan masa depan mereka pd kejayaan anak yg sedang belajar di universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggantungkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dependencybersandaran; tanggunganSosiologiTiada1. Kecenderungan seseorang untuk menggantungkan keyakinan diri pada orang lain dalam membuat sesuatu keputusan.
baldricsawatKesenianTiadaSelendang yang diselepangkan ke bahu untuk menggantungkan pedang dan lain-lain.
antenna floatpelampung antenaPerikananTiadaPelampung yang digunakan untuk menggantungkan umpan di dalam air supaya tidak menjejak sehingga ke dasar sungai atau tasik, serta menjadi petunjuk kepada gigitan ikan. Pelampung ini terdapat dalam pelbagai bentuk dan berwarna terang, digunakan untuk memancing di kawasan air tawar.
tali gantung camantali gantung camanKesenianTiadaBahagian badan kek yang berupa tali yang menggantungkan caman pada alang badan kek.
tali gantung jenteratali gantung jenteraKesenianTiadaBahagian badan kek yang berupa sepasang tali yang menggantungkan jentera pada alang badan kek.
tali gantung karattali gantung karatKesenianTiadaBahagian badan kek yang berupa sepasang tali yang menggantungkan karat pada caman.
tali gantung kayu pijak karattali gantung kayu pijak karatKesenianTiadaBahagian badan kek yang berupa sepasang tali yang menggantungkan kayu pijak karat pada karat.
equity-linked securitiessekuriti terbitan ekuiti/sekuriti derivatif ekuitiPentadbiran PerniagaanTiadaSekuriti yang terbit daripada urus niaga dalam ekuiti yang menggantungkan nilainya secara keseluruhan atau sebahagiannya ke atas ekuiti berkenaan.
equity-derivative securitiessekuriti terbitan ekuiti/sekuriti derivatif ekuitiPentadbiran PerniagaanTiadaSekuriti yang terbit daripada urus niaga dalam ekuiti yang menggantungkan nilainya secara keseluruhan atau sebahagiannya ke atas ekuiti berkenaan.

Kembali ke atas