Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ga.pai] | مڠݢاڤاي

Definisi : menghulurkan tangan hendak mencapai atau memegang sesuatu: tidak ada jalan lain bagiku melainkan ~ tempat bergantung pd benda-benda yg terapung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.pai] | مڠݢاڤاي

Definisi : mencapai atau memegang sesuatu (dgn tangan): Pesakit itu ~ meja di sebelahnya utk mengambil ubat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggapai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud perkataan 'beriltizam', 'menggapai', 'wawasan'Beriltizam bermaksud keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu atau komitmen. Menggapai bermaksud menghulurkan tangan hendak mencapai atau memegang sesuatu manakala wawasan bermaksud fahaman atau tanggapan berkenaan sesuatu hal atau pandangan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.Makna22.10.2009
"Meniti harapan, menggapai asa" adakah betul bagi ayat tersebut dan membawa makna? apakah ayat yang lebih sinonim untuk digantikan dengan kata "asa" terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat  maksud asa ialah
1. harapan
2.  sangka atau sengaja

Maka cadangan ayat yang lebih sesuai ialah "Meniti cabaran, menggapai harapan"
Makna23.10.2018

Kembali ke atas