Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ga.ris.kan] | مڠݢاريسکن

Definisi : 1. membuat garis pd (sesuatu), menandakan (sesuatu) dgn garis: ~ perkataan-perkataan yg dieja salah; 2. menyatakan aspek-aspek atau ciri-ciri utama sesuatu (biasanya secara am atau tidak terperinci): Rancangan Malaysia Kelima ~ beberapa dasar, strategi, dan program utama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.ris.kan] | مڠݢاريسکن

Definisi : 1 menggunakan sesuatu utk membuat garis; membuat garis dgn sesuatu: Anaknya telah ~ hujung paku itu pd dinding rumahnya. 2 membuat pedoman atau asas-asas yg dijadikan pegangan: Dlm hadis itu, Rasulullah ~ enam perkara yg wajib dijauhi oleh setiap muslim (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggariskan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
goal determinationpenentuan matlamatSosiologiTiadaProses menggariskan matlamat yang hendak dicapai bagi sesuatu rancangan.
collection proceduretatacara kutipPentadbiranTiadaTatacara yang menggariskan cara-cara mengutip akaun belum terima.
goal determinationpenentuan matlamatPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProses menggariskan matlamat yang hendak dicapai bagi sesuatu rancangan.
conformal mappingpemetaan menyama bentukKejuruteraanKejuruteraan KimiaCabang matematik yang menggariskan kaedah pemindahan garisan dari satu geometri ke bentuk geometri yang lain tetapi masih mengekalkan keortogonannya supaya kesepadanan antara sistem boleh dibandingkan. Misalnya, dengan menggunakan pemetaan menyama bentuk, penyelesaian bagi medan elektromagnet boleh diubahsuai untuk mendapatkan profil suhu atau halaju sesuatu aliran.
astigmatizerpengastigmatFizikOptikPeranti yang dilekapkan pada penentu julat untuk menggariskan atau menjalurkan titik cahaya.
zoning lawsundang-undang zonPelanconganTiadaPeraturan atau akta yang menggariskan jenis pembangunan dan aktiviti yang boleh dijalankan di sesuatu kawasan tertentu.
organisation theoryteori organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

 Gullick (1937), telah menggariskan tiga komponen penting yang terkandung dalam teori ini, iaitu pembahagian kerja, koordinasi kerja dan corak organisasi. Teori ini boleh diklasifikasikan kepada organisasi formal dan tidak formal. Organisasi formal adalah organisasi yang bersistematik, berstruktur, bervisi, bermisi, berobjektif dan bermatlamat. Para sarjana merujuk organisasi formal sebagai organisasi kerja, tanpa mengira bentuk, saiz, struktur atau jenis organisasi. Organisasi jenis ini juga berteraskan kepada kuasa, pangkat, peranan dan tanggungjawab yang diagihkan mengikut kesesuaian dan kelayakan. Organisasi formal  mempunyai tingkat hierarki yang jelas membezakan antara majikan dengan pekerja, melalui hierarki yang ditunjukkan dalam carta dan struktur organisasi. Manakala organisasi tidak formal menjurus kepada pembentukan kumpulan manusia. Mereka membentuk kumpulan atau kelompok untuk bersosial dan mempertingkatkan kualiti kehidupan. Contohnya, kumpulan dalam masyarakat kampung, kumpulan riadah dan rakan sekerja.

herbal quality assurancejaminan kualiti herbaHerbaTiadaProgram pengauditan bersistem yang menggariskan tanggungjawab suatu organisasi untuk menentukan sistem, kemudahan dan prosedur bertulis adalah lengkap dan dipatuhi bagi menjamin produk dalam kawalan dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan. Bagi pengilangan produk herba, jaminan kualiti melibatkan aktiviti berkaitan dengan kakitangan, premis pengilangan, proses pengilangan serta pengedaran produk untuk jualan. Jaminan kualiti herba berguna untuk menjamin kualiti produk dan memberikan keyakinan kepada pengguna, di samping mematuhi keperluan peraturan.
demand lettersurat tuntutanPengurusanTiadaSurat daripada peguam bagi pihak klien untuk menggariskan pertikaian antara dua pihak yang bertentangan dan menuntut penerima surat tersebut mengambil atau menghentikan tindakan tertentu.
Acceptable Use Policy (AUP)Dasar Guna Boleh Terima (AUP)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerDasar yang menggariskan penggunaan pelbagai sumber pengkomputeran atau rangkaian. Dasar ini biasanya diguna pakai terhadap institusi yang menyediakan capaian kepada sistem rangkaian itu sendiri.
1234

Kembali ke atas