Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ga.rit] | مڠݢاريت

Definisi : bergerak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.rit] | مڠݢاريت

Definisi : membuat garit, menggores; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.rit] | مڠݢاريت

Definisi : berubah keadaan atau tempat; bergerak: Malas ~ perut sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[meng.ga.rit] | مڠݢاريت

Definisi : membuat garit pd sesuatu dgn benda tajam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggarit


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Tuan. Yang manakah lebih tepat? “Mengguris hati” atau “menggores hati”? Saya hargai pendapat pihak tuan. Terima kasih.Waalaikumsalam,

Ejaan yang betul bagi perkataan mengguris ialah "menggores". Makna bagi perkataan tersebut ialah menggaris, mencalar, menggarit; menggores hati bermaksud melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, di bawah entri "gores".
Ejaan01.06.2018
Adakan perkataa 'mengguris' wujud? saya tidak dapat mencari perkataan ini dalam Kamus Dewan tetapi setahu saya banyak orang yang menggunakan perkataan ini seperti mengguris hati saya. Tolong jelaskan. Terima kasih.Ejaan yang betul bagi perkataan mengguris ialah "menggores". Makna bagi perkataan tersebut ialah menggaris, mencalar, menggaritmenggores hati bermaksud melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, di bawah entri "gores".Istilah15.12.2009
1. Amin murid kelas Dua Merah. dalam ayat di atas, perlukah perkataan kelas ditulis dengan huruf besar? 2. Perkataan 'mengguris' tidak terdapat dalam Kamus Dewan, tetapi saya selalu terbaca perkataan ini terutamanya dalam bahasa laras sastera. Minta penjelasan. Terima kasih.

1. Ditulis dengan huruf besar kerana dianggap sebagai nama khas - Amin ialah murid Kelas Dua Merah.

2. Ejaan yang betul bagi perkataan mengguris ialah "menggores". Makna bagi perkataan tersebut ialah menggaris, mencalar, menggaritmenggores hati bermaksud melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan

Ejaan02.04.2009

Kembali ke atas