Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ga.ru] | مڠݢارو

Definisi : 1. menggaruk (tanah dll); 2. mencakar-cakar dgn kuku: ~ kepala; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.ru] | مڠݢارو

Definisi : 1 menghancurkan atau menyikat tanah dgn garu. 2 mencakar-cakar bahagian badan (umumnya dgn kuku) utk menghilangkan rasa gatal: Dia berjalan sambil menggosok-gosok matanya dan ~ kepalanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggaru

Puisi
 

Kucing kurus menggaru papan,
     Papan bernama papan jati;
Kurus kering bukan tak makan,
     Kurus kering memakan hati.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Orang yang puru gatal tubuhnya,
     nescaya menggaru juga kerjanya.

Bermaksud :

Sesuatu perbuatan yang jahat itu lambat-laun akan ternampak juga kepada orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
scratchn 1. act of scratching, menggaru(-garu): the dog is having a good ~ outside the door, anjing itu sedang menggaru-garu di luar pintu; 2. mark, injury produced by scratching, calar:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scratch3. rub part of the body with finger-nails to stop itching, menggaru(-garu), menggaruk(-garuk): try not to ~ the rash, cuba jangan garu ruam itu; he ~ed his head in puzzlement, dia menggaru-garu kepalanya krn kebingungan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scabbyadj 1. covered with scabs, berkuping, berkeruping: he was scratching his ~ arms, dia menggaru lengannya yg berkeruping;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scratchvi 1. scrape with claws, nails, mencakar: if you tease the cat, it will ~, kucing itu akan mencakar kalau diusik; 2. rub to release itching, menggaru, menggaruk: stop ~ing, jangan garu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
raspvt 1. scrape with a rasp, mengikir; 2. scrape roughly, menggeser: the rough wool of the coat ~ed the child’s neck, benang bulu yg kasar pd kot menggeser leher budak itu; 3. grate upon (throat) bagai menggaru; (nerves) menggerit: coughing ~ed his sore throat, batuk bagai menggaru kerongkongnya; the noise ~ed her nerves, bunyi bising itu menggeritnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aggravatevt 1. make worse, (illness, disease, injury, etc) a. (gen), (act.) menjadikan /semakin, lebih, bertambah/ /buruk, teruk/, menerukkan lagi; (pass.) menjadi lebih /buruk, teruk/: scratching will only ~ the rash, menggaru akan menjadikan ruam itu bertambah teruk; the fall ~d his limp, akibat jatuh ketempangannya menjadi bertambah teruk; b. (pain, state of mind, emotion) menambahkan lagi: such news will only ~ his grief, berita demikian akan menambahkan lagi kesedihannya; exercises that ~d rather than eased the pain in his lower back, senaman yg menambahkan lagi sakit drpd melegakan rasa sakit pd pinggangnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
irritationn 1. annoyance, kejengkelan, rasa jengkel: he tried to unsuccessfully hide his ~, dia mencuba menyembunyikan rasa jengkelnya tetapi gagal; in ~, krn (berasa) jengkel: he frowned in ~, keningnya berkerut krn dia jengkel; to so’s ~, berasa jengkel: he found, to his ~, that the bus had already left, dia berasa jengkel apabila mendapati bas itu telah berlepas; 2. soreness, inflammation, kerengsaan, iritasi: scratching will only increase the ~, menggaru akan menambah kerengsaan; 3. st that causes annoyance, (approp n + yg) menjengkelkan: one of the many ~s of everyday life, salah satu perkara yg menjengkelkan dlm kehidupan sehari-hari.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas