Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. mencakar-cakar (dgn kuku dll), menyisir (tanah): tuan itu berhenti ~ kepalanya; 2. ki mengumpulkan harta (dgn jalan yg tidak patut dsb): tanah jajahan diperlukan utk ~ kekayaannya; menggaruk-garuk kepala ki dlm kesusahan dll; hendak ~ tidak berkuku prb ingin melakukan sesuatu tetapi tidak mempunyai alatnya; tidak ada orang ~ keluar badan prb orang biasanya berpihak (pd kaum dll) kalau timbul pergaduhan; kini gatal besok digaruk prb pertolongan yg datang terlambat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggaruk

Peribahasa

Siapa gatal dialah menggaruk.

Bermaksud :

Siapa yang berkehendak, dialah yang harus berbuat.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hendak menggaruk tidak berkuku.Hendak berusaha tetapi alat syaratnya tiada ada. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siapa gatal dialah menggaruk.Siapa yang berkehendak, dialah yang harus berbuat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak ada orang menggaruk keluar badan.Biasanya kalau ada perselisihan orang berpihak pada kaum keluarganya (partinya dan sebagainya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum berkuku hendak mencubit (= menggaruk).Belum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum bergigi sudah hendak menggigit).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas