Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ga.ya.kan] | مڠݢاياکن

Definisi : 1. menunjukkan gaya (rupa, bentuk, dll), memperagakan: kebetulan dia pandai ~ julingnya seolah-olah dia menjeling manis; ~ lenggang; 2. melagukan, mengiramakan: masing-masing berlumba ~ kata-kata indah; 3. membangkitkan daya (kuasa); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.ya.kan] | مڠݢاياکن

Definisi : 1 menunjukkan gaya menggunakan atau membuat sesuatu; membuat sesuatu supaya diketahui orang caranya: Pemuda itu ~ cara dia dpt menangkap pencuri itu. 2 membuat atau membuat-buat supaya kelihatan elok: Kalau hendak pergi ke parti, berjam-jam dia ~ dirinya di hadapan cermin. 3 memperlihatkan rupa atau bentuk sesuatu; memperagakan: Di majlis itu juga, beberapa orang peragawati telah ~ beberapa jenis pakaian moden. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggayakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stylingpenggayaan bentukKesenianTiadaProses menggayakan pelbagai bentuk luaran sesuatu barangan.
jesterbadutKesusasteraanTiadaOrang yang menggayakan sesuatu yang aneh sama ada suara dan gaya untuk orang lain tertawa. Contoh: Semar, Garing, Petrok, Bagong dalam wayang kulit Jawa atau Wak Dogol dalam wayang kulit Melayu.
car stylingpenggayaan keretaKesenianTiadaProses menggayakan rupa bentuk kereta di masa akan datang.
cascading style sheet (CSS)helaian gaya lata (CSS)Teknologi MaklumatPerisianBahasa helaian gaya yang digunakan untuk menerangkan persembahan bagi sesuatu dokumen yang ditulis dalam bahasa penanda. Aplikasi yang selalu digunakan adalah untuk menggayakan laman web yang ditulis dalam HTML dan XHTML. Walau bagaimanapun, bahasa ini boleh diaplikasikan kepada sebarang dokumen XML termasuk grafik vektor kebolehskalaan (SVG) dan bahasa antara muka pengguna XML (XUL). CSS boleh digunakan oleh pembaca laman web untuk mentakrifkan warna, fon, susun atur dan aspek-aspek lain bagi persembahan dokumen. CSS direka bentuk untuk membolehkan pemisahan kandungan dokumen yang ditulis dalam HTML atau bahasa penanda yang serupa dengan persembahan dokumen yang ditulis dalam CSS. Contohnya, fail highlightheaders.css boleh mengandungi: h1 { color: white; background: orange !important; } h2 { color: white; background: green !important; }

Kembali ke atas