Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ge.la.bah] | مڠݢلابه

Definisi : berada dlm keadaan tidak tentu arah, berasa resah gelisah: ramai yg ~ menunggu arahan utk membayar cukai yg telah ditentukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggelabah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Hanya sedikit murid yang tidak menunaikan solat zuhur. 2. Bekalan elektrik yang terputus meyebabkan seluruh peserta kursus menggelabah. Soalan saya : Salahkah penggunaan kata bilangan tak tentu dalam ayat-ayat di atas (sedikit & seluruh)? Jika ya, harap dapat diberikan alasan. Terima kasih.1. Hanya sedikit murid yang tidak menunaikan solat zuhur.
2. Bekalan elektrik yang terputus menyebabkan semua peserta kursus menggelabah.

Sedikit dan seluruh merupakan kata bilangan yang tergolong dalam kata kuantiti. Kata kuantiti adalah kata kardinal yang jumlahnya tidak semuanya nyata.

sedikit, beberapa = jumlah yang tidak banyak tetapi lebih daripada satu.
seluruh = kata kuantiti yang berkaitan erat dengan tempat ( Contoh; Seluruh masyarakat turut bergabung).
semua = jumlah banyak.


Sila rujuk Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima Asmah Haji Omar untuk rujukan lanjut.
Tatabahasa04.02.2013

Kembali ke atas