Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ge.ma.ri] | مڠݢمري

Definisi : menyukai benar akan: hikayat ini sangat laku kerana digemari orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ge.ma.ri] | مڠݢمري

Definisi : berasa suka benar akan; menyukai: Mereka ~ syair Siti Zubaidah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggemari


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
dia amat menggemari ayam masak merah. dia amat gemar ayam masak merah. mana satu ayat di atas betul?Ayat yang tepat ialah "Dia amat menggemari ayam masak merah".Tatabahasa08.08.2022
Saya amat menggemari makanan ringan yang berasaskan ubi kayu kerana rapuh dan sedap rasanya. 1. Adakah tatabahasa ayat di atas betul ? 2. Adakah penggunaan "nya" dalam ayat betul ? Terima kasih.Saya amat menggemari makanan ringan yang berasaskan ubi kayu kerana rapuh dan sedap rasanya. Ayat ini betul.Tatabahasa08.03.2016
cara penggunaan meminati & meminat dalam ayatMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "meminati" ialah "menggemari, memerhatikan atau meng­inginkan". Contoh ayat ialah kumpulan anak muda yang baru belajar meminati sastera manakala perkataan meminat tidak ada dalam bahasa Melayu. Makna07.08.2022
Saya keliru ayat untuk soalan ujian Di bawah betul atau salah. Sejak akhir-akhir ini ramai pemuda gemarkan kerja-kerja bercucuk tanam kerana mendatangkan hasil yang lumayan. Dalam ayat ini,Ada kata bilangan jamak Dan menggunakan kata Ganda kerja-kerja. Harap dapat membantu dengan penjelasan.

Ayat yang betul ialah “Sejak akhir-akhir ini ramai pemuda menggemari kerja bercucuk tanam kerana mendatangkan hasil yang lumayan.”.

Kata jamak ramai pemuda betul kerana ramai telah merujuk bilangan lebih daripada seorang pemuda. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian kata bilangan Tatabahasa Dewan (DBP, 2015) halaman 287.

Kerja-kerja bercucuk tanam digantikan dengan kerja bercucuk tanam sahaja kerana perkataan “kerja” merujuk kepada perbuatan bercucuk tanam.

Tatabahasa18.01.2024

Kembali ke atas