Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.geng.gam] | مڠݢڠݢم

Definisi : 1. memegang dlm genggam (kepalan tangan): ~ pisau; 2. ki menguasai, memerintah: banyak negeri di bawah angin ini yg digenggamnya; ~ rahsia menyimpan rahsia; ~ erat, membuhul mati = memegang erat, ~ teguh prb memegang suatu keputusan dgn tidak berubah lagi; digenggam tiada tiris prb paling hemat dgn wang dll; genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan = jangan digenggam bagai bara, terasa hangat dilepaskan prb memakai barang sesuatu, janganlah ketika senang saja (sia-sia membuat pekerjaan separuh jalan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.geng.gam] | مڠݢڠݢم

Definisi : 1 memegang sesuatu di dlm tangan yg dikepalkan; memegang di dlm genggam: ~ padi. 2 ki menguasai sepenuhnya; memegang kuasa; memerintah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggenggam

Peribahasa

Memegang erat,
     menggenggam teguh.

Bermaksud :

Pendirian yang tetap.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kakak mengepal surat yang baru diterimanya lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Munsyi, mengepal adalah salah, adakah menggenggam sesuai digunakan ? TKMengepal sama maksudnya dengan menggenggam. Perkataan yang lebih sesuai dalam ayat tersebut ialah merenyukkan. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=merenyukkan untuk maklumat lanjut.Tatabahasa08.04.2012
Tuan, pohon semak adakah betul penggunaan bahasa berikut: genggam visi,pacu transformasiPenggunaan yang betul ialah menggenggam visi dan memacu transformasi.Makna07.06.2012
Pelajar tahun akhir Diploma Makmal Teknologi Perubatan (DMLT), Nor Syahkila Mohd Noor mengakui perubahan besar yang berlaku selepas beliau memasuki Universiti Nilai (Nilai U) adalah kemahiran berbahasa Inggeris semakin baik. Penerima ‘Pinjaman Boleh Ubah’ yang berasal dari Felda Lok Heng Barat, Johor Bharu ini merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik dan menjadi anak pertama dalam keluarga yang dapat menjejakkan kaki ke universiti. “Ini menjadi kebanggaan keluarga. Saya juga berazam akan membuat yang terbaik dan mahu mereka melihat saya menggenggam segulung diploma nanti,” ujarnya lagi. Lebih dikenali sebagai Syahkila dikalangan rakan-rakan, beliau mengatakan ibunya adalah sumber inspirasi bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Ini kerana beliau sering menemani ibunya menjalani rawatan diabetes di hospital. Semenjak itu, beliau menanam cita-cita bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan. Segalanya bermula apabila mendengar cerita dari rakan-rakan mengenai program DMLT di Nilai U dan pinjaman yang dikelola oleh pihak Felda. Sejurus menjejakkan kaki di Nilai U, segalanya adalah benar dan melebihi jangkaannya.Tidak ada soalan yang dikemukakan kecuali teks di atas. Jika puan memerlukan semakan daripada pihak kami, sila lihat teks di bawah:

Pelajar tahun akhir Diploma Makmal Teknologi Perubatan (DMLT), Nor Syahkila Mohd Noor mengakui perubahan besar yang berlaku selepas dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Nilai (Nilai U) ialah kemahiran berbahasa Inggerisnya semakin baik. Penerima "Pinjaman Boleh Ubah" yang berasal dari Felda Lok Heng Barat, Johor Bahru ini merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik dan menjadi anak pertama dalam keluarga yang dapat menjejakkan kaki ke universiti. “Kejayaan ini menjadi kebanggaan keluarga. Saya juga berazam akan membuat yang terbaik dan mahu mereka melihat saya menggenggam segulung diploma suatu hari nanti,” ujarnya lagi. Lebih dikenali sebagai Syahkila dalam kalangan rakan-rakan, beliau mengatakan ibunya menjadi sumber inspirasi bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Hal ini kerana dia sering menemani ibunya menjalani rawatan diabetes di hospital. Semenjak itu, beliau menanam cita-cita bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan. Segalanya bermula apabila mendengar cerita daripada rakan-rakan mengenai program DMLT di Nilai U dan pinjaman yang dikelolakan oleh pihak Felda. Sejurus menjejakkan kaki di Nilai U, segalanya adalah benar dan melebihi jangkaannya.
Tatabahasa19.06.2014

Kembali ke atas