Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gen.ting.kan] | مڠݢنتيڠکن

Definisi : 1. menyebabkan genting (kecil atau sempit di tengah-tengah); 2. menyebabkan genting (tegang), menegangkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gen.ting.kan] | مڠݢنتيڠکن

Definisi : 1 menyebabkan (menjadikan) kecil atau sempit di tengah-tengah; menyebabkan hampir putus: Tarikan yg kuat telah ~ tali itu. 2 menyebabkan tidak mesra (ttg perhubungan dll); menegangkan; meruncingkan (keadaan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggentingkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mksud kegawatan ekonomi. Punca, kesan dan cara mengatasi masalah kegawatan ekonomi.

Saudara,

Perkataan gawat bermakna berbahaya, genting, tegang: perdarahan demikian biasanya tidak begitu ~ tetapi perlu diadakan pemeriksaan dahulu;

menggawatkan : menimbulkan ketegangan, membahayakan (keadaan dll), menggentingkan (keadaan dll): kekejaman yg di lakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin semakin ~;

kegawatan : keadaan gawat, kegentingan, ketegangan: jelas sekali masyarakat yg didiskusikan oleh dramatisnya sedang berada dlm ~, kritikal, penuh krisis dan kekacauan; hanya beberapa hari sebelum dijalankan upacara akad nikah, barulah terjadi ~ itu.

Untuk mengetahui punca, kesan dan cara mengatasinya, saudara perlulah membuat penyelidikan dan rujukan di perpustakaan di tempat saudara tentang isu ini.   

Lain-lain10.11.2009
Saya biasa dengar peribahasa menahan lukah di pergentingan, baru-baru ini saya terbaca pulak ada menahan lukah di penggentingan. Adakah pergentingan dan penggentingan itu perkataan yang sama maksud walaupun sedikit berlainan ejaan dan boleh juga diterima dari segi bahasa?Ejaan yang betul ialah pergentingan yang bermaksud tempat yang genting. Penggentingan bermaksud perihal atau perbuatan menggentingkan.Ejaan04.03.2008

Kembali ke atas