menggentingkan | 1 menyebabkan (menjadikan) kecil atau sempit di tengah-tengah; menyebabkan hampir putus: Tarikan yg kuat telah ~ tali itu. 2 menyebabkan tidak mesra (ttg perhubungan dll); menegangkan; meruncingkan (keadaan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menggentingkan | 1. menyebabkan genting (kecil atau sempit di tengah-tengah); 2. menyebabkan genting (tegang), menegangkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggentingkan | 1. menyebabkan (menjadikan) kecil atau sempit di tengah-tengah; menyebabkan hampir putus: Tarikan yg kuat telah ~ tali itu. 2. menyebabkan tidak mesra (ttg perhubungan dll); menegangkan; meruncingkan (ttg keadaan). | Kamus Pelajar |
menggawatkan | menimbulkan keadaan gawat; menggentingkan (keadaan dll): Kekecohan itu ~ lagi keadaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penggentingan | perihal atau perbuatan menggentingkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggawatkan | menimbulkan ketegangan, membahayakan (keadaan dll), menggentingkan (keadaan dll): kekejaman yg dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin semakin ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gawat | berbahaya (bkn keadaan); genting, tegang: Ramai yg panik dlm situasi yg kian ~ itu. menggawatkan menimbulkan keadaan gawat; menggentingkan (keadaan dll): Kekecohan itu ~ lagi keadaan. kegawatan keadaan gawat; kegentingan: Kejatuhan nilai mata wang negara itu telah menimbulkan ~ di negara tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gawat | berbahaya, genting, tegang: perdarahan demikian biasanya tidak begitu ~ tetapi perlu diadakan pemeriksaan dahulu;menggawatkan menimbulkan ketegangan, membahayakan (keadaan dll), menggentingkan (keadaan dll): kekejaman yg dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin semakin ~; kegawatan keadaan gawat, kegentingan, ketegangan: jelas sekali masyarakat yg didiskusikan oleh dramatisnya sedang berada dlm ~, kritikal, penuh krisis dan kekacauan; hanya beberapa hari sebelum dijalankan upacara akad nikah, barulah terjadi ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghangatkan | 1 menyebabkan atau menjadikan hangat; menaikkan (meninggikan) suhu sesuatu; memanaskan: ~ kuah. 2 menjadikan meriah; memeriahkan: Acara-acara menarik telah disediakan utk ~ perayaan Hari Kebangsaan. 3 menjadikan tegang atau genting; menegangkan; menggentingkan: Hal-hal keagamaan telah ~ perdebatan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghangatkan | 1. menyebabkan atau menjadikan hangat; menaikkan (meninggikan) suhu sesuatu; memanaskan: ~ kuah. 2. menjadikan meriah; memeriahkan: Acara-acara menarik telah disediakan utk ~ perayaan Hari Kebangsaan. 3. menjadikan tegang atau genting; menegangkan; menggentingkan:Hal-hal keagamaan telah ~ perdebatan itu. | Kamus Pelajar |