Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ger.ta/] | مڠݢرتق

Definisi : mengugut (mengancam, menakutkan) dgn suara yg keras dll: ia berjalan di hadapanku dgn muka yg marah, ~, dan menakut-nakutkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ger.ta/] | مڠݢرتق

Definisi : membuat orang menjadi takut dgn cara mengancam dll; melakukan sesuatu supaya orang menjadi takut: Orang tua itu telah ~ pemuda yg mengambil buah rambutannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggertak

Peribahasa

Laksana lembu dogol (= dungkul),
     tak boleh ditanduk hanya (= cuma) disondol.

Bermaksud :

Orang yang suka menggertak (mengancam) tetapi tidak berbahaya. dogol = tidak bertanduk.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aggressive behaviourlakuan agresifBiologiEkologiLakuan menggertak yang dilakukan oleh seseekor haiwan yang terdapat di sesuatu kawasan kepada haiwan lain yang cuba memasuki kawasan yang berkenaan. Misalnya, lakuan menggertak yang ditunjukkan oleh cicak Gecko kepada cicak lain.
torturependeraanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan yang menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang sangat teruk terhadap seseorang, sama ada secara fizikal atau mental. Berdasarkan Konvensyen Melawan Penderaan atau Perlakuan atau Hukuman Lain yang Kejam, Tak Berperikemanusiaan atau Merendahkan, tujuan penderaan adalah untuk mendapatkan maklumat atau pengakuan, menghukum atas apa yang telah dilakukan, menggertak atau menakutkan seseorang. Penderaan dilakukan atau dihasut dengan keizinan seorang pegawai kerajaan. Contoh penderaan ialah perbuatan memotong anggota tubuh, mematahkan tulang dan melemaskan mangsa. Walau bagaimanapun, kesakitan atau penderitaan yang berlaku akibat sanksi (hukuman) undang-undang tidak termasuk dalam kategori penderaan.

Kembali ke atas