Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ge.ru.di] | مڠݢرودي

Definisi : 1. membuat lubang dgn gerudi; 2. mengorek lubang jauh ke dalam bumi atau di dasar laut utk mencari minyak: ~ minyak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ge.ru.di] | مڠݢرودي

Definisi : membuat lubang dgn menggunakan gerudi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggerudi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERKAKAS MESIN

Perkakas mesin ialah mesin yang digerakkan

dengan kuasa elektrik dan sebagainya dan

digunakan untuk membentuk logam. Mesin ini

boleh membengkokkan, memotong, menggerudi,

mencanai, mengetuk dan mengasak logam menjadi

bentuk yang dikehendaki. Operasi perkakas mesin

yang lebih canggih membabitkan penggunaan

tenaga seperti elektrik atau kimia, haba, magnet dan

ultrabunyi. Orang yang mengendalikan mesin

disebut jurumesin. Perkakas mesin memainkan

peranan penting dalam pembuatan hampir semua

produk logam, antaranya ialah bahagian basikal,

kereta, radio, peti sejuk dan televisyen. Banyak

produk lain, termasuk buku, perabot dan tekstil,

juga dibuat dengan mesin yang dibuat dengan

menggunakan perkakas mesin.

UMUM 
TIANG SAMBUT

Tiang sambut ialah tiang atau pelantar yang

dibina sebagai asas bagi struktur berat. Ia boleh

membentuk sokongan bagi rentang bersebelahan

sesebuah jambatan atau tiang asas sesebuah

bangunan. Syarikat pembinaan menggunakan mesin

penggerudi yang sangat besar untuk mengorek syaf

berbentuk bulat untuk membuat tiang sambut bagi

bangunan tinggi seperti bangunan pencakar langit,

dan kadangkala menggerudi sedalam 30 meter atau

lebih. Kebanyakan tiang sambut moden dibuat

daripada konkrit.

UMUM 

Kembali ke atas