Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gé.sél] | مڠݢيسيل

Definisi : menggeser, menggosok: bola putih itu ~ bola biru; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gé.sél] | مڠݢيسيل

Definisi : melakukan sentuhan sambil bergerak pd sesuatu; menggeser; menggosok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggesel


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, adakah ayat di bawah ini betul? Kedua-dua kereta itu menggesel. Terima kasih.Kedua-dua kereta itu bergesel...Tatabahasa04.10.2012
Salam, bolehkah saudara/saudari berikan ayat contoh penggunaan kata sendi nama 'pada' yang hadir sebelum manusia dan satu ayat contoh lagi untuk penggunaannya sebelum haiwan? Terima kasih.Sendi nama 'pada' digunakan dalam beberapa situasi tertentu seperti yang berikut:
1. Untuk menandakan waktu atau masa.  Contoh ayat - Pada malam begini, sebuah dua kereta lalu juga di jalan itu.

2. Untuk menandakan sesuatu tempat yang tetap yang mendahului kata nama atau frasa nama.  "Tempat" di sini dapat merujuk kepada orang ataupun objek.
Contoh ayat untuk manusia: Penjahat itu merampas semua duit yang ada pada Halimah.
Contoh ayat untuk haiwan: Sungguh hairan melihat anak anjing itu menggesel-geselkan badannya pada kucing hitam itu.
Lain-lain09.04.2014

Kembali ke atas