Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggigit 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, 1) Adakah gigi sudah menunjukkan jamak? Atau perlu dijamakkan gigi-gigi? 2) Adakah istilah bahasa Melayu yg tepat bagi 'morning call'? Jika tiada, apakah istilah bahasa Melayu yg paling hampir untuk digunakan? Terima kasih.

1. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, gigi bermaksud struktur keras yang menyerupai tulang, yang tumbuh pada gusi (gunanya untuk menggigit, mengunyah, dll). Berdasarkan pengertian yang diberikan, gigi sudah menandakan maksud jamak dan tidak perlu diulang.

2. Istilah bahasa Melayu untuk morning call ialah panggilan kejut.

Istilah21.07.2011
Adakah istilah ketik gambar boleh dijadikan nama pertandingan? Jika tidak, apakah istilah yang sesuai?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud ketik ialah:
1. Mencuri (benda-­benda yang tidak seberapa harganya); 
2. Mema­gut atau menggigit 
3. Berbunyi seperti bunyi mesin taip


Maka penggunaan ketik gambar tidak sesuai, cadangan nama pertandingan ialah merakam gambar, mengambil gambar atau menangkap gambar. Walau bagaimanapun, menangkap gambar tidak boleh digunakan dalam ayat kerana digunakan dalam bahasa percakapan.
Makna09.09.2021
Anak musang ---- tangan Amran sehingga berdarah. A memamah B memagut C menggerit. 1 E lakkan membaca di tempat yang gelap supaya mata tidak cepat KABUR . 2 Cermin itu kelihatan KABUR kerana sudah lama tidak dibersihkan. 3 Soalan yang KABUR biasanya sukar dijawab oleh murid 4 Cuaca hari ini diramalkan KABUR pada sebelah petang. Pilih ayat yang menggunakan perkataan KABUR dengan betul.A.
Ketiga-tiga pilihan jawapan yang diberikan tidak sesuai. Dicadangkan: Anak musang menggigit tangan Amran sehingga berdarah.

B.
1 Elakkan membaca di tempat yang gelap supaya mata tidak cepat KABUR.
2 Cermin itu kelihatan KABUR kerana sudah lama tidak dibersihkan.
3 Soalan yang KABUR biasanya sukar dijawab oleh murid
4 Cuaca hari ini diramalkan KABUR pada sebelah petang. 
 
Untuk ayat 1 dan 2, perkataan kabur boleh digunakan. Untuk ayat 3 dan 4, tidak sesuai digunakan. Untuk ayat 3, perkataan kabur perlu ditukarkan kepada tidak jelas. Manakala untuk ayat 4, perkataan yang lebih sesuai bagi menggantikan perkataan kabur ialah mendung.
Lain-lain06.09.2015

Kembali ke atas