Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.go.réng] | مڠݢوريڠ

Definisi : 1. memasak dgn minyak: ~ikan; ~ pisang; 2. memasak (beras, tepung, dsb) dlm kuali dgn tidak menggunakan minyak, merendang; 3. bp memperolok-olokkan, memborak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.go.réng] | مڠݢوريڠ

Definisi : memasak dlm kuali yg dibubuhi minyak atau tidak: ~ ikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggoreng


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)ibu menggoreng sayur di kuali 2)ibu mengoreng sayur dalam kuali 3)ibu menggoreng sayur di dalam kuali.mana satu ayat yang betul.Ayat yang betul ialah  'Ibu menggoreng sayur di dalam kuali.'Tatabahasa10.05.2011
apakah kata kerja yang paling tepat untuk menyatakan cara memasak roti canai?memasak?menggoreng?membakar?atau ada perkataan lain yang lebih sesuai?Memasak bermaksud membuat atau mengolah makanan supaya masak; menggoreng bermaksud memasak dengan minyak, seperti menggoreng ikan atau memasak (beras, tepung, dsb) dlm kuali dengan tidak menggunakan minyak; membakar bermaksud memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata yang betul ialah memasak roti canai. Kata memasak lebih umum penggunaannya untuk menerangkan apa jua cara memasak.Tatabahasa09.05.2011
Apakah kesalahan yanf terdapat dalam ayat berikut ? Ibu sedang menggoreng mi untuk dihidangkan kepada tetamu.Tiada kesalahan dalam ayat "Ibu sedang menggoreng mi untuk dihidangkan kepada tetamu".Tatabahasa14.02.2015
Mana satukah ayat yang betul? 1a. “Saya makan buah epal” atau 1b. “Saya makan epal”. Perlukah perkataan buah hadir di hadapan epal? 1b. “Ibu menggoreng ikan bawal” atau 1b. “Ibu menggoreng bawal” Perlukah perkataan ikan hadir di hadapan jenis ikan tersebut?Kedua-dua bentuk ayat contoh yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan.  Walaupun begitu untuk kaedah pembelajaran, ayat yang pertama, "Saya makan buah epal." dan "Ibu menggoreng ikan bawal." lebih tepat untuk digunakan.Tatabahasa22.04.2021
Apakah kata kerja yang sesuai digunakan untuk bertih jagung? adakah menggoreng bertih jagung? menanak bertih jagung? atau memasak bertih jagung?Umumnya, frasa memasak bertih jagung digunakan. Namun begitu, sekiranya bertih jagung dimasak menggunakan minyak, frasa menggoreng bertih jagung boleh digunakan.Tatabahasa26.11.2019
Saya ingin menjual tepung untuk menggoreng ayam. Apakah susunan kata yang betul untuk ditulis pada bungkusan tepung? Adakah tepung ayam goreng atau tepung goreng ayam. Terima kasih.Perkataan yang betul ialah Tepung Goreng AyamTatabahasa06.02.2021
Keliru dengan kelompok kata. Adakah perkataan " merebus", "mengukus", "menggoreng" termasuk dalam kelompok homonim? Contoh lain seperti " memotong", "mengerat", mencincang". Terima Kasih.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, homonim bermaksud perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Misalnya ketam, paku. Oleh itu, perkataan tersebut tidak tergolong dalam kelompok homonim.Lain-lain11.03.2010
1. Ingin bertanya mengenai penggunaan awalan ber, men dan lain-lain dari segi tatabahasa adakah wajib diletakkan ataupun tidak mengapa. contoh Ali main bola/ Ali bermain bola; Dia cari makanan/ dia mencari makanan. 2. Dia membajak sawah dengan menggunakan jentera. dengan menggunakan salah atau pun tidak kerana maksud yang sama?Awalan ber-... dan meN-... melengkapkan makna perbuatan yang dilakukan. Contohnya awalan meN-...mendukung maksud melakukan sesuatu seperti memasak - Emak memasak nasi, menggoreng - Pak Amat menggoreng pisang. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 161-170.Tatabahasa01.06.2011
Saya keliru dengan penggunaan untuk / kepada. 1) Ayah menghadiahkan buku kepada Ali 2) Ayah mengirim surat kepada Ali. 3) Ayah memberikan buku kepada Ali. Tiga ayat di atas , guna kepada . betul? 1) Ibu menyediakan makanan untuk Ali. 2) Ibu menggoreng pisang untuk Ali. 3) Ibu membeli kasut untuk Ali. Tiga ayat di atas guna "untuk" betul? Terima kasih.Penggunaan perkataan "kepada" dan "untuk" dalam semua ayat tuan adalah betul. Tatabahasa05.10.2023
semak penggunaan ayat pada lampiran

Ayat yang sesuai ialah:

“Gunakan sos Hoi Sin Life untuk
menambah perisa masakan, panggangan daging dalam ketuhar atau menggoreng. Sos ini boleh juga dicairkan dengan mencampurkan air panas dan dituangkan ke atas masakan Chee Cheong Fun atau masakan mi.”

“Gunakan sos Plum Life sebagai pencecah makanan bergoreng dan boleh juga digunakan untuk memekatkan kuah serta memberikan rasa masam manis. Sos ini sesuai juga dicampurkan dalam masakan sayur-sayuran, sebagai sos salad serta boleh dituangkan ke atas ikan goreng, ayam atau udang untuk kenikmatan sebenar.”

Tatabahasa09.01.2024
12

Kembali ke atas