Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gris] | مڠݢريس

Definisi : membubuh (menyapukan, memalitkan dsb) gris pd: dia sedang ~ bahagian tertentu enjin itu supaya tidak mudah berkarat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gris] | مڠݢريس

Definisi : menyapukan gris pd sesuatu: Dia ~ bahagian tsb supaya enjin berjalan lancar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggris


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
greasing housemasa menggrisKejuruteraanTiadaTiada
kempaskempasPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Koompassia malaccensis. daripada famili Leguminosea. Nama tempatannya di Sabah ialah impas, dan di Sarawak ialah menggris. Gubal kayu kempas berwarna putih atau kuning pucat, dan amat berbeza daripada teras kayunya yang berwarna merah jambu semasa segar, dan bertukar menjadi merah jingga atau coklat tua. Tekstur kayunya kasar dan sekata, kecuali pada bahagian yang mengandungi floem terkandung, dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 770 hingga 1120 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu kempas agak sukar diproses, lambat mengering dan mudah retak, terutamanya pada bahagian yang mengandungi floem terkandung, tidak tahan tetapi mudah diawet. Kayu yang diawet sesuai digunakan untuk kerja binaan berat, tiang, rasuk, jambatan, dermaga, dan alas landasan kereta api.

Kembali ke atas