Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gu.lung] | مڠݢولوڠ

Definisi : 1. melipat benda yg berlembar atau berutas sehingga berbentuk panjang bulat: tatal itu digulungnya spt subang; ~ rokok daun; 2. melilitkan (benang, tali, dll) pd gelendong: ~ benang; 3. ki menghambat, mengejar musuh, mengalahkan: dia telah dapat ~ lawannya; 4. mengakhiri, menyudahi, menutup (ucapan, perdebatan, dsb dgn mengemukakan atau menonjolkan aspek-aspek yg penting): dia berkata demikian sewaktu ~ ucapan mengenai anggaran belanjawan kementeriannya; ~ lengan baju ki bersiap utk bekerja; ~ tikar ki bersurai, bubar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gu.lung] | مڠݢولوڠ

Definisi : 1 membuat sesuatu menjadi bergulung; melipat sesuatu menjadi bulat torak bentuknya: Pak Dol ~ rokok daunnya. 2 melilitkan tali dsb pd gelendong; mengumpar: ~ tali. 3 menamatkan sesuatu ucapan dll; menyudahi perbahasan dll: Tiap-tiap peserta diberi masa lima minit utk ~ syarahannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggulung

Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
karau[kA.ÒAw]kata kerja1. menggulung, melilit, menarik atau mengumpul sesuatu yang panjang (seperti benang, tali dan lain-lain) sedikit demi sedikit secara berterusan pada buku benang; kampoi II.Pi cepat karau wau tu, ari dah nak ujan.[pi tS«.pAt kA.ÒAw wAw tu A.Òi dAh nA/ u.dZAn]Pergi segera tarik tali wau itu kerana hari hendak hujan.
kampoi II[kAm.poj]kata kerjamenggulung, melilit, menarik atau mengumpul sesuatu yang panjang (seperti benang, tali dan lain-lain) sedikit demi sedikit secara berterusan pada buku benang; karau.Lepaeh dia karau tali wau tu, dia kampul kat pot susu.[l«.pAEh di.jA kA.ÒAw tA.li wAw tu di.jA kAm.poj kAt pt su.su]Selepas ditarik turun tali layang-layang itu, dililitnya pada tin susu kosong.
kampoi[kAm.poj]kata nama1. alat yang digunakan untuk melilit atau menggulung benang, gelendong.Dia pakai pot susu buat kampul tali wau.[di.jA pA.kAj pt su.su bu.wAt kAm.poj tA.li wAw]Dia menggunakan tin susu kosong sebagai gelendong tali wau.

Kembali ke atas