Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gu.lung] | مڠݢولوڠ

Definisi : 1. melipat benda yg berlembar atau berutas sehingga berbentuk panjang bulat: tatal itu digulungnya spt subang; ~ rokok daun; 2. melilitkan (benang, tali, dll) pd gelendong: ~ benang; 3. ki menghambat, mengejar musuh, mengalahkan: dia telah dapat ~ lawannya; 4. mengakhiri, menyudahi, menutup (ucapan, perdebatan, dsb dgn mengemukakan atau menonjolkan aspek-aspek yg penting): dia berkata demikian sewaktu ~ ucapan mengenai anggaran belanjawan kementeriannya; ~ lengan baju ki bersiap utk bekerja; ~ tikar ki bersurai, bubar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gu.lung] | مڠݢولوڠ

Definisi : 1 membuat sesuatu menjadi bergulung; melipat sesuatu menjadi bulat torak bentuknya: Pak Dol ~ rokok daunnya. 2 melilitkan tali dsb pd gelendong; mengumpar: ~ tali. 3 menamatkan sesuatu ucapan dll; menyudahi perbahasan dll: Tiap-tiap peserta diberi masa lima minit utk ~ syarahannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggulung

Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah yang betul 1. Ayah menyuruh Ali menggelung atau menggulung dawai ampaian yang terurai itu. 2. Ayah menggunakan setengah gelung atau gulung dawai untuk membuat ampian, kemudian yang selebihnya digulung atau digelung semula.Ayat yang betul; 1. Ayah menyuruh Ali menggulung dawai ampaian yang terurai itu. 2. Ayah menggunakan setengah gulung dawai untuk membuat ampian, kemudian yang selebihnya digulung semula.Tatabahasa02.08.2009
Apa ertinya banner Sinaran Harian "Kita Kulun, Kita Kampoi."? Editornya tidak menjawab pertanyaan ini.Perkataan "kampoi" bermaksud menggulung atau melilit benang pada sesuatu, manakala "kulun" tiada dalam rujukan kami. Kemungkinan bahasa yang digunakan ialah bahasa dialek atau slanga. Walau bagaimanapun, editornya yang patut menjawab perkataan ini. Perkataan yang hendak digunakan sepatutnya dapat difahami supaya mesejnya sampai kepada khalayak.Makna31.01.2010
perbezaan di antara karangan dan penulisan1. "Karangan" mempunyai struktur iaitu pengenalan, isi dan penutup.Pengenalan perlu ringkas, dan mengandungi ayat tesis utama. Satu isi dalam satu perenggan. Penutup pula menggulung isi-isi yang telah dibincangkan.
2. "Penulisan" ialah perihal atau kegiatan berkaitan menulis, mengarang dan sebagainya.
Istilah18.10.2014
Assalmualaikum saya nak bertanya macam mana nak menghasilkan bentuk karangan yang baikKarangan yang baik mestilah menjelaskan tajuk. Ada struktur iaitu pengenalan, isi dan penutup. Pengenalan hendaklah ringkas dan mengandungi ayat tesis utama. Manakala satu isi disusun dalam satu perenggan. Penutup karangan hendaklah menggulung isi-isi yang telah dibincangkan. Maklumat lanjut boleh didapati daripada buku-buku rujukan berkaitan karangan.Makna11.05.2007
Saya tidak menemukan perkataan menyinsing dan sinsing dalam kamus dewan.Apakah maksud perkataan tersebutUntuk makluman tidak terdapat perkataan menyinsing dan sinsing. Ejaan yang betul ialah singsing dan menyingsing. Maksud kedua-dua perkataan tersebut ialah 1. menarik ke atas (kain, lengan baju, dll) supaya pendek, menggulung (supaya pendek) 2. hilang (awan, kabus, dll), lenyap, menyisih  3. mulai terbit (fajar), mulai terang 4. menyingkap, mendedahkan  Makna26.07.2011
Bagaimana menulis karangan yang baik yang menggunakan bahasa bakuKarangan yang baik mestilah menjelaskan tajuk. Ada struktur, iaitu pengenalan, isi dan penutup. Pengenalan hendaklah ringkas dan mengandungi ayat tesis utama. Manakala satu isi disusun dalam satu perenggan. Penutup karangan hendaklah menggulung isi-isi yang telah dibincangkan. Maklumat lanjut boleh didapati daripada buku-buku rujukan berkaitan karangan.Lain-lain27.02.2009
Untuk karangan masalah sosial (punca ialah kekurangan didikan agama daripada ibu bapa), bolehkan DBP bagi sedikit huraian dan contoh? Saya langsung tidak tahu buat kerana saya lemah dalam karangan. Sebagai calon SPM, saya berasa bimbang akan keputusan Bahasa Malaysia. Semasa tidak tahu menulis karangan, saya hanya terus menterjemah BAHASA CINA kepada BAHASA MALAYSIA. Maka, saya mendapat keputusan yang rendah dalam subjek ini.Karangan yang baik mestilah menjelaskan tajuk. Ada struktur iaitu pengenalan, isi dan penutup. Pengenalan hendaklah ringkas dan mengandungi ayat tesis utama. Manakala satu isi disusun dalam satu perenggan. Penutup karangan hendaklah menggulung isi-isi yang telah dibincangkan. Maklumat lanjut boleh didapati daripada buku-buku rujukan berkaitan karangan, manakala huraian dan contoh berkaitan dengan tajuk boleh rujuk artikel yang banyak dibincangkan dalam akhbar dan majalah yang berkaitan tajuk berkenaan.Lain-lain10.04.2011

Kembali ke atas