Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gu.lung] | مڠݢولوڠ

Definisi : 1. melipat benda yg berlembar atau berutas sehingga berbentuk panjang bulat: tatal itu digulungnya spt subang; ~ rokok daun; 2. melilitkan (benang, tali, dll) pd gelendong: ~ benang; 3. ki menghambat, mengejar musuh, mengalahkan: dia telah dapat ~ lawannya; 4. mengakhiri, menyudahi, menutup (ucapan, perdebatan, dsb dgn mengemukakan atau menonjolkan aspek-aspek yg penting): dia berkata demikian sewaktu ~ ucapan mengenai anggaran belanjawan kementeriannya; ~ lengan baju ki bersiap utk bekerja; ~ tikar ki bersurai, bubar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gu.lung] | مڠݢولوڠ

Definisi : 1 membuat sesuatu menjadi bergulung; melipat sesuatu menjadi bulat torak bentuknya: Pak Dol ~ rokok daunnya. 2 melilitkan tali dsb pd gelendong; mengumpar: ~ tali. 3 menamatkan sesuatu ucapan dll; menyudahi perbahasan dll: Tiap-tiap peserta diberi masa lima minit utk ~ syarahannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggulung

Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau menggulung kuih sagu, Jangan lupa menaruh inti; Orang termenung menupang dagu, Itulah tanda kecewa di hati.
Kurik Kundi Merah SagaKalau menggulung kuih sagu, Jangan lupa menaruh inti; Orang termenung menupang dagu, Itulah tanda kecewa di hati.
Kurik Kundi Merah SagaSayang laksamana menggulung benang, Benang digulung perahu Bugis; Orang jauh jangan dikenang, Kalau dikenang tunduk menangis.
Kurik Kundi Merah SagaCik Dayang menggulung benang, Budak-budak bermain guli; Hamba seorang duduk mengenang, Orang dikenang bukan peduli.

Kembali ke atas