Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.bi.si] | مڠهابيسي

Definisi : 1. mengakhiri, menamatkan: tuan Imam ~ upacara itu dgn doa selamat; 2. menghapuskan, menghilangkan: habisilah perasaan itu abang, jangan diperkesankan di muka orang banyak; 3. menamatkan riwayat, membunuh: seorang leftenan muda mengancam mahu ~ orang tangkapan itu; ~ nyawanya membunuh diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.bi.si] | مڠهابيسي

Definisi : menyudahi; mengakhiri: ~ ucapannya dgn serangkap pantun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menghabisi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam min, mana satu betul: 1.Sengaja dia tidak menghabisi ayat supaya Naufal makin tertanya-tanya. 2.Sengaja dia tidak menghabiskan ayat supaya Naufal makin tertanya-tanya. 1.Dia mengemas rumahnya dengan gembira. 2.Dia mengemasi rumahnya.

Ayat yang betul ialah “Sengaja dia tidak menghabiskan ayat supaya Naufal makin tertanya-tanya.” dan “Dia mengemas rumahnya dengan gembira.”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 190 dan 202.

Tatabahasa18.01.2024

Kembali ke atas