Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.bis.kan] | مڠهابيسکن

Definisi : 1. menggunakan (mema­kan, membelanjakan, dll) hingga habis, mem­buang-buang (masa, tenaga, dll): sebahagian drpd wang gajinya dihabiskan utk mem­biayai pelajaran anak-anaknya; Bujal ~ masa lapangnya dgn berkunjung ke rumah kawan-kawannya; ~ umur membuang-buang masa (kerana melakukan sesuatu yg tidak baik atau sia-sia); 2. menyudahkan, menyiapkan, menyelesaikan: dia pergi ~ kerjanya yg terbengkalai; 3. menamatkan, mengakhiri; ~ ceritanya (cakapnya) menamatkan cerita­nya (cakapnya); 4. menghabisi, membunuh: kekanda berjanji dgn keris ini akan ~ siapa sahaja yg cuba mengganggu adinda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.bis.kan] | مڠهابيسکن

Definisi : 1 mengguna­kan (memakan, membelanjakan dll) se­suatu sehingga habis; membuang-buang (masa, tenaga dll): Gadis itu ~ sebahagian drpd wang gajinya utk membeli pakaian. 2 menyiapkan atau menyudahkan kerja dsb: Dia diberi tempoh seminggu utk ~ kerja itu. 3 menamatkan atau menyudahkan cerita dsb: Bagaimanakah cara yg baik utk ~ cerita ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
habis
1. Bersinonim dengan kesemuanya
( segalanya, sekaliannya, keseluruhannya, )
(adverba:)

2. Bersinonim dengan sebahagian besarnya
( hampir keseluruhan, banyak bahagiannya, )
(adverba:)

3. Bersinonim dengan siap
( selesai, beres, tamat, berakhir, )
(kata kerja:)

4. Bersinonim dengan paling
( sangat, amat, cukup, terlalu, benar-benar, )
(kata tugas:)

5. Bersinonim dengan selepas
( sesudah, setelah, )
(kata tugas:)

6. Bersinonim dengan jadi
( kalau begitu, maka, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : sehabis-habis, habis-habis, habis-habisan, berhabis, berhabis-habisan, menghabiskan, kehabisan, penghabisan,

Peribahasa

Seperti cebok (= gayung) dengan tempayan.

Bermaksud :

Ibu bapa menghimpunkan harta, anaknya menghabiskan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan, Tolong mengesahkan ayat-ayat berikut adalah betul atau tidak. 1.Piala itu di atas meja. 2.Beg tangan itu di atas tangga. 3.Dia menghabiskan lauk di atas meja. 4.Rumahnya di atas bukit. 5.Dia bertanggungjawab di atas segala kekejaman itu. 6.Dia menghabiskan lauk di atas meja. 7.Gambar pemimpin negara digantung pada dinding. 8.Dia bercacah di bahagian lengan.  9.Dia duduk di dalam kereta. 10.Dia mengemukakan cadangan berkenaan dalam mesyuarat itu. 11.Produk itu mendapat sambutan yang baik di peringkat antarabangsa. 12.Dia masih berasa marah,enggan berjumpa dengan sesiapa pun. 13.Terdapat dua ekor semut di atas meja. 14.Buku-buku yang tersusun rapi di atas rak telah dicuri. Terima kasih.

Jawapan:

1.Piala itu di atas meja. - betul
2.Beg tangan itu di atas tangga. - betul
3.Dia menghabiskan lauk di atas meja. - betul
4.Rumahnya di atas bukit. - betul
5.Dia bertanggungjawab di atas (atas) segala kekejaman itu. - salah. 
6.Dia menghabiskan lauk di atas meja. - betul
7.Gambar pemimpin negara digantung pada dinding. - betul
8.Dia bercacah di bahagian lengan. - betul 
9.Dia duduk di dalam kereta. - betul
10.Dia mengemukakan cadangan berkenaan dalam mesyuarat itu. - betul
11.Produk itu mendapat sambutan yang baik di (pada) peringkat antarabangsa. - salah 
12.Dia masih berasa marah, enggan berjumpa dengan sesiapa pun. – salah. Ayat tersebut tidak gramatis.
13.Terdapat dua ekor semut di atas meja. - betul
14.Buku-buku yang tersusun rapi di atas rak telah dicuri. - betul

Tatabahasa16.11.2015
Salam sejahtera, 1) Apakah kesalahan dari segi tatabahasa dalam ayat ini -- Di sinikah awak selalu menghabiskan masa kelapangan bersama keluarga awak? 2) Apakah maksud ayat ini ---- Segala yang berlaku ke atas dirinya hanya sebagai penyebab. Terima kasih1) Di sinikah awak selalu menghabiskan masa kelapangan bersama keluarga awak? frasa yang betul ialah masa lapang.  
2) Segala yang berlaku ke atas dirinya hanya sebagai penyebab. Tidak tepat dari segi makna ayat, penyebab bermaksud orang yang menjadi sebab.
Tatabahasa14.05.2013
Salam min, mana satu betul: 1.Sengaja dia tidak menghabisi ayat supaya Naufal makin tertanya-tanya. 2.Sengaja dia tidak menghabiskan ayat supaya Naufal makin tertanya-tanya. 1.Dia mengemas rumahnya dengan gembira. 2.Dia mengemasi rumahnya.

Ayat yang betul ialah “Sengaja dia tidak menghabiskan ayat supaya Naufal makin tertanya-tanya.” dan “Dia mengemas rumahnya dengan gembira.”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 190 dan 202.

Tatabahasa18.01.2024
katakan anak saya selalu mengambil masa yang lama untuk menghabiskan makanannya, saya nak dia makan dengan cepat sedikit, bagaimana saya harus cakap dengan dia, boleh saya cakap "cepat makan". terima kasih.Dalam konteks tidak rasmi (bahasa percakapan), tuan boleh menggunakan bahasa yang difahami seperti "cepat makan" (suruhan). Walau bagaimanpun dalam konteks rasmi seperti binaan ayat suruhan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, tuan boleh menggunakan bentuk ayat seperti "ibu menyuruh anaknya menghabiskan makanan dengan segera".Tatabahasa23.08.2013
Apa khabar? Saya ada dua soalan. 1. Sila tanya, selain daripada "pisau cukur", bolehkah saya guna "perempuan kaki cukur" untuk menggelar seorang perempuan yang suka menghabiskan harta atau wang lelaki? 2. Sila tanya yang mana adalah betul untuk kedua-dua ayat "keretapi" dan "kereta api"? Ataupun, kedua-dua pun boleh digunakan? Terima kasih.

1. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, perempuan yang suka menghabiskan harta atau wang lelaki digelar sebagai pisau cukur.

2. Ejaan yang betul ialah kereta api.

Lain-lain06.05.2020
kenapa susah sangat untuk menggunakan perkhidmatan dalam Talian....Saya hanya ingin membuat semakkan bahasa pada papan Iklan saya...Saya menghabiskan masa berjam jam bagi tujuan tersebut...Sila mudahkan cara yang lebih ke arah mesra pelanggan.terima kasih

Untuk makluman tuan, SOP Khidmat Pengesahan Bahasa DBP secara dalam talian ialah 3 hari bekerja dan bagi Semakan Kedua dan Seterusnya bermula dari tarikh/masa pelanggan mengemas kini permohonan. Selain daripada pengesahan bahasa dalam talian (on-line), saudara juga boleh mendapatkan pengesahan bahasa di Kaunter Khidmat Bahasa di Aras Lobi, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Waktu perkhidmatan kaunter adalah seperti yang berikut:

Hari Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 4.30 petang
Hari Jumaat: 9.00 pagi - 12.15 tengah hari dan 2.45 petang - 4.30 petang
(kecuali hari Sabtu, Ahad dan hari Kelepasan Am)

Lain-lain15.07.2019
Perkataan "berlepak-lepak" ada maksud tak?Perkataan "berlepak-lepak" ialah bahasa basahan/percakapan yang  merujuk perbuatan menghabiskan masa dengan duduk-duduk tanpa melakukan kegiatan yang berfaedah. 


 
Makna22.03.2022
Kata bilangan pecahan: Bilakah kita patut meletakkan kata sendi nama 'daripada' selepas kata bilangan pecahan? Bilakah kita tidak perlu meletakkan kata sendi nama 'daripada' selepas kata bilangan pecahan? Contoh ayat: Yang manakah gramatis? 1. Ali meghabiskan dua perlima gajinya untuk sewa rumah. atau Ali menghabiskan dua perlima daripada gajinya untuk sewa rumah. 2. Ali makan setengah kek itu. atau Ali makan setengah daripada kek itu. 3. Ali bekerja setengah hari semalam kerana dia ada temu janji dengan doktor. Mengapakah dalam ayat (3), kata sendi nama 'daripada' adalah tidak perlu? Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1. Ali menghabiskan dua perlima daripada gajinya untuk sewa rumah. 
2. Ali makan setengah daripada kek itu.
3. Ali bekerja separuh hari semalam kerana dia ada temu janji dengan doktor. Lazimnya dalam konteks rasmi kita menggunakan perkataan separuh seperti separuh hari dan separuh gaji, separuh hari ialah frasa bukan perbandingan seperti dalam ayat 1 dan 2. Untuk lebih jelas, lihat ayat ini.
Tatabahasa11.04.2014
Salam ceria! Ingin saya bertanya mengenai penggunaan perkataan seperti "abang, adik, ibu(bukan kata nama khas)" dsb dalam penulisan. Perkataan2 spt ini harus ditulis dengan huruf besar atau tidak. misalnya: ".... abang yang menghabiskan makanan itu." sekian, terima kasih.

Dalam penulisan, huruf besar digunakan hanya bagi:

1.     Permulaan ayat

2.     Huruf pertama setiap kata nama khas (nama orang, nama geografi, nama institusi, judul   penerbitan  dan lain-lain)

Oleh sebab kata abang, ibu dan adik adalah kata nama am, maka perkataan tersebut hendaklah ditulis dalam huruf kecil kecuali jika kata tersebut memenuhi syarat (1), iaitu ditulis pada permulaan ayat.

Lain-lain08.10.2013
Puan, Tolong jelaskan maksud perkataan di bawah, sila berikan ayat contoh supaya saya dapat memahami dengan lebih dalam. a) persekolahan - penyekolahan b) perpisahan - pemisahan c) pertukaran - penukaran Terima kasih.

a) persekolahan 
    hal bersekolah: Saya menghabiskan persekolahan saya di Kolej Melayu, Kuala Kangsar.

    penyekolahan
        
perihal sekolah. Lazimnya perkataan ini jarang digunakan kerana terdapat bentuk lain yang boleh digunakan.

b) perpisahan
hal berpisah: Mati merupakan perpisahan antara jasad dengan roh.

    pemisahan
hal atau perbuatan memisahkan:  Pemisahan antara dunia yang bersifat analitik dan dunia nyata itu juga merupakan suatu pemisahan yang arbitari kerana sifat ilmu itu tidak terpisah daripada masyarakat yang mendukungnya.

c) pertukaran
perbuatan atau hal bertukar; per­gantian; perubahan: Pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan Maslena sakit.

    penukaran

perbuatan (hal) me­nukar atau menukarkan: Penukaran permata asli dengan permata palsu itu dibuat secara sulit.

 

Tatabahasa05.03.2013
123

Kembali ke atas