Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.dam.kan] | مڠهضمکن

Definisi : menghancurkan makanan menjadi bahan yg mudah diserap dan diasimi­lasi oleh badan, mencerna: apabila masuk sahaja makanan ke dlm saluran makanan ia dihadamkan menjadi benda-benda yg lebih ringkas binaan kimianya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.dam.kan] | مڠهضمکن

Definisi : menghancurkan (makanan dlm perut); mencernakan: Perut dan usus bayi tidak dpt ~ semua makanan spt yg dpt dihadamkan oleh perut orang dewasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadam (kata kerja,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan cerna, hancur, serap, larut;,
Kata Terbitan : menghadamkan, terhadam, penghadaman, penghadam,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
exonucleaseeskonukleaseBiologiGenetikEnzim yang menghadamkan nukleotida yang terletak di hujung molekul DNA.
exonuclease IVeksonuklease IVBiologiGenetikEnzim yang menghadamkan DNA bebenang tunggal. Enzim ini memangkinkan hidrolisis pada kedua-dua hujung untuk menghasilkan beberapa oligonukleotida kecil, dan aktif dengan kehadiran EDTA.
exonuclease IIIeksonuklease IIIBiologiGenetikEnzim daripada E. coli yang menghadamkan DNA dupleks bermula daripada hujung 3� setiap bebenang. Enzim ini digunakan bersama-sama SI nuklease untuk menghasilkan pemotongan pada molekul klon DNA.
carnivorous planttumbuhan karnivorBiologiEkologiTumbuhan yang boleh memerangkap dan menghadamkan serangga atau haiwan kecil, misalnya periuk kera, Nepenthes gracilis yang mempunyai daun yang terubahsuai membentuk struktur seakan-akan periuk dengan struktur penutup, yang mengandungi air hujan. Apabila serangga jatuh ke dalam air tersebut, sel dinding periuk mengeluarkan asid, dan seterusnya enzim untuk menguraikan serangga tersebut. Umumnya, tumbuhan ini tumbuh di kawasan yang papa nitrogen, seperti di atas gunung.
phagocytefagositBioteknologiTiadaKorpuskel sel darah putih berbentuk ameba yang menghadamkan zarah asing, termasuk bakteria. Contoh fagosit ialah polimorf dan monofaj yang berperanan megawal penyakit pada tisu vertebrat dan protozoa yang hidup bebas.
acrosomeakrosomBiologiHistologi dan SitologiOrganel di hujung spermatozoa yang menghadamkan selaput telur supaya sperma dapat masuk dan bersenyawa. jasad apeks; adiosferosom; perforatorium.
salivary amylaseamilase liurBiologiFisiologiSekumpulan enzim amilase yang terdapat di dalam liur yang berfungsi menghadamkan kanji menjadi maltosa. Ia terdiri daripada dua jenis enzim, iaitu �-amilase dan b-amilase.
protoplastprotoplasBioteknologiTiadaUnit protoplasma yang disediakan daripada sel tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan selulase atau lisozim untuk menghadamkan dinding selnya. Unit ini berperanan dalam pertaupan sel dan sebagai penerima bagi vektor dalam kejuruteraan genetik.
lactose intoleranceintoleransi laktosaMakanan dan PemakananPemakananKeadaan yang disebabkan oleh kekurangan atau ketiadaan enzim laktase yang berfungsi untuk menghadamkan laktosa. Simptomnya termasuklah kembung dan diarea selepas pengambilan produk tenusu.
food intoleranceintoleransi makananMakanan dan PemakananPemakananTindak balas fisiologi yang tidak normal terhadap makanan dan tidak melibatkan sistem imun, tetapi berkaitan dengan kesukaran menghadamkan makanan tertentu. Kesan intoleransi makanan seperti pengumpulan gas dalam usus akibat pengambilan kekacang dan kubis.
12

Kembali ke atas