Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.dap] | مڠهادڤ

Definisi : 1. (bahagian muka atau depan­nya) menghala ke: orang Islam sembahyang ~ kiblat; rumah peranginan itu ~ ke laut; ~ surut melihat ke belakang; 2. datang menemui (raja atau orang besar-besar), menjelang, ada atau sedang berhadapan dgn raja (orang besar-besar): ~ ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; pd ketika itu baginda sedang di­hadap orang banyak; 3. datang ke (mah­kamah, pejabat, dll): ia diperintahkan ~ ke mahkamah utk memberi keterangan; 4. ditujukan kpd (perbahasan dlm surat kiriman drpd yg muda terhadap yg tua), dialamatkan kpd: ~ ke hadapan ayahanda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.dap] | مڠهادڤ

Definisi : 1 menghala; me­ngarah: Rumah peranginan itu ~ ke laut. 2 datang menemui atau mengunjungi raja, orang-orang besar dll: Dgn panduan anak Syed Abu, rombongan Abdullah pergi ~ Raja Kampung Laut. 3 ditujukan; dialamatkan (dlm surat kiriman): ~ ke hadapan ayahanda yg dikasihi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadap (kata nama)
1. Bersinonim dengan hala: arah, haluan, tuju, tala, tepas, paran,

2. Bersinonim dengan muka: depan, hadapan, haluan,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : berhadapan, berhadap-hadapan, menghadap, menghadapi, menghadapkan, terhadap, penghadapan, hadapan,

Puisi
 

Raja di Jawa raja sakti,
     Menghadap sultan berganti-ganti;
Doa saja umur tak mati,
     Dukun dan bidan ada menanti.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Tingkalak menghadap mudik,
     lukah menghadap hilir.

Bermaksud :

Memang sudah begitu adatnya sejak dulu. tingkalak = bubu.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DOUGLAS

Douglas (pend. 20 368) ialah ibu negeri Isle of

Man di Britain. Bandar yang menghadap Teluk

Douglas di sebelah timur pulau ini, merupakan

sebuah pusat percutian yang terkenal.

UMUM 
AMALFI

Amalfi (pend. 6052) ialah bandar Itali yang indah

yang terletak di sebuah tanjung yang menghadap

ke Teluk Salerno.

UMUM 
MEGHALAYA

Meghalaya ialah negeri kecil di utara India. Meghalaya bererti rumah awan. Cerun yang menghala ke selatan serta menghadap ke Bangladesh mendapat lebih banyak hujan dalam setahun daripada mana-mana tempat lain di dunia.

UMUM 
KELONG

Kelong suatu kaedah penangkapan ikan di laut. Ia

terdiri daripada barisan pancang yang dibina

menghadap arus laut dalam bentuk menirus

seperti huruf V, dengan kepungan empat persegi

di hujungnya yang merupakan kawasan perangkap

ikan. Kelong dibina di kawasan yang tidak begitu

jauh dari pantai untuk mengelakkan gelombang

atau ombak besar yang memungkinkan pancang

patah atau tercabut.

UMUM 
MUMBAI

Mumbai (pend. 9 925 891; pend. kaw. met.

(12 571 720) ialah ibu negeri Maharashtra di India.

Mumbai ialah pelabuhan utama pinggir laut barat

India dan menghadap ke Laut Arab. Untuk lokasi,

lihat India (peta politik).

UMUM 
PARTHENON

Parthenon ialah sebuah kuil Yunani purba di

kota Athens. Kuil ini terletak di atas sebuah bukit

bernama Acropolis yang menghadap kota Athens.

Kuil Parthenon ini dibina untuk memperingati

Athena, dewi pelindung kota Athens. Kuil ini

mungkin merupakan contoh terbaik seni bina

Yunani purba.

UMUM 
NAGOYA

Nagoya (pend. 2 154 793) ialah salah sebuah

bandar terbesar di Jepun. Ia merupakan ibu negeri

wilayah Aichi di pulau Honshu. Ia berada di atas

dataran Nobi yang menghadap Teluk Ise (lihat

Jepun (peta politik)).

UMUM 
NICARAGUA

Nicaragua ialah negara terbesar di Amerika

Tengah mengikut ukuran keluasan. Ia merentang

dari Lautan Pasifik ke Laut Caribbean. Lebih kurang

tiga per lima daripada penduduk negara ini tinggal

di kawasan yang subur yang menghadap Lautan

Pasifik. Di kawasan ini terletaknya Managua, ibu

negara dan bandar terbesar Nicaragua.

UMUM 
ANJING POINTER

Anjing pointer ialah anjing yang digunakan

untuk memburu kuang bayas dan burung buruan.

Anjing ini dinamakan pointer kerana ia berhenti

sekaku patung apabila tercium bau burung dan

kemudian menghala dengan menghadap ke arah

burung itu, biasanya sebelah kaki depannya

terangkat dan ekornya tertegak dengan kaku

UMUM 
PORTUGAL

Portugal ialah negara yang terletak paling ke

barat di benua Eropah. Ia terletak di Semenanjung

Iberia. Sepanyol ialah jiran Portugal di bahagian

utara dan timur yang juga meliputi sebahagian

besar Semenanjung Iberia. Bahagian selatan dan

barat Portugal pula menghadap Lautan Atlantik.

Lisbon ialah ibu negara dan bandar raya Portugal

yang terbesar.

UMUM 
12

Kembali ke atas