Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.da.pi] | مڠهادڤي

Definisi : 1. berada bertentangan (ber­hadapan) dgn, duduk dll dgn muka ke hala sesuatu: di dlm kedai itu duduklah mereka ~ sebuah meja; mereka berdiri beramai-ramai ~ runtuhan rumah yg ditimpa pohon kelapa itu; 2. berjumpa (berhadapan) dgn, bersemuka (dgn): nampak benar takutnya waktu ~ orang banyak itu; 3. menemui atau menem­puh (bencana, bahaya, kesukaran, dll), di­timpa (diancam) oleh, menanggung; ~ per­soalan yg rumit; ~ kesulitan; ~ tuduhan membunuh; ~ maut; 4. melawan, bertanding dgn, menentang: ~ musuh; ~ pasukan lawan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hadap (kata nama)
1. Bersinonim dengan hala: arah, haluan, tuju, tala, tepas, paran,

2. Bersinonim dengan muka: depan, hadapan, haluan,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : berhadapan, berhadap-hadapan, menghadap, menghadapi, menghadapkan, terhadap, penghadapan, hadapan,

Peribahasa

Buta kehilangan tongkat.

Bermaksud :

Menghadapi keadaan yang sukar.

 

Lihat selanjutnya...(31)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
yang terhad akan menyukarkan serangan seperti hentam kromo. hos benteng (Ig. bastion host; Br. hos benteng; Id. hos benteng) Sistem yang digunakan dalam suatu rangkaian komputer yang telah diperkuat bagi menghadapi sebarang serangan. Hos benteng ini biasanya merupakan komponen tembok api, pelayan web atau sistem capaian awam yang dihubungkan kepada rangkaian awam. Contohnya, pelayan proksi. hos penyamaran (Ig. masquerading host; Br

Kembali ke atas