Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.dia.hi] | مڠهديهي

Definisi : memberikan hadiah kpd: ~ setiap pekerja yg bersara sebuah cendera­mata; Yang Dipertuan ~ Yuzuki sehelai jubah berwarna merah tua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.dia.hi] | مڠهديهي

Definisi : memberikan hadiah kpd; memberi seseorang hadiah: Dia ~ isterinya sejambak bunga (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menghadiahi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penggunaan kata sendi "daripada" dan "dari" dan apa perbezaan diantara maksud perkataan "menghadiahkan' dengan "menghadiahi". Terima kasih.Perkataan 'dari ' digunakan untuk waktu, arah dan tempat manakala yang selainnya 'daripada'. perbezaannya boleh dilihat pada ayat yang berikut; menghadiahkan , contohnya; Ali menghadiahkan buku kepada Ahmad,menghadiahi ; Ali menghadiahi Ahmad buku.Tatabahasa14.03.2007
saya keliru dengan penggunaan perkataan menghadiahi dan menghadiahkan. contoh ayat; ayah menghadiahi/menghadiahkan adik mainan.

Puan Zaimah,

Fungsi apitan meN...kan menandakan kausatif, manakala apitan meN...i menandakan lokatif. Contoh: Ayah menghadiahkan basikal kepada Ali; Ayah menghadiahi Ali basikal. MeN...kan menerima objek tidak bernyawa, iaitu basikal, manakala meN...i menerima objek bernyawa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207. 

Tatabahasa04.05.2010
Ibu menghadiahi anak sebatang pen Kalau dipasifkan jawapannya... 1. Anak dihadiahi oleh ibunya sebatang pen 2. Sebatang pen dihadiahkan oleh ibu kepada anaknya.. Betul ke salah?? Terima kasih1. Anak dihadiahi sebatang pen oleh ibunya.
2. Sebatang pen dihadiahkan oleh ibu kepada anaknya.
Tatabahasa05.03.2019
Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan. Adakah penggunaan penjodoh bilangan sebuah salah bagi jam tangan? Apakah bezanya pula dengan penggunaan seutas jam tangan?

Yang betul ialah 'seutas jam tangan' kerana utas menjadi penjodoh bilangan bagi rantai (termasuk jam tangan dalam bentuk rantai), tali dan benang.

Tatabahasa18.05.2011
ayat yang betul 1.Ayah menghadiahi ibu baju baru 2.Ayah menghadiahkan ibu baju baruAyat pertama yang betul. Ayah menghadiahi ibu baju baru.Tatabahasa20.06.2009
(Bersempena dengan/Sempena) Hari Guru,Ali menghadiahi gurunya sebatang pen. Dalam ayat ini, kenapa kena guna "Berempena dengan"?Kenapa "sempena" tidak sesuai?Bersempena dengan Hari Guru, Ali menghadiahi gurunya sebatang pen.Tatabahasa19.07.2012
Apakah ayat pasif untuk ayat-ayat berikut? Ali membelikan ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Saya membelikan ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Dia menghadiahi ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Saya menghadiahi ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu.Ayat yang diberikan ini "Ali membelikan ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Saya membelikan ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu." tidak mengikut hukum  tatabahasa iaitu kata kerja aktif transitif memerlukan objek sebagai penymbut. Manakala ayat pasif bagi ayat "Dia menghadiahi ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu" ialah "ibu dia dihadiahi olehnya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu". Ayat pasif bagi ayat ini pula "Saya menghadiahi ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu." ialah "Ibu dihadiahi oleh saya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu."Tatabahasa22.05.2017
Bila nak guna menghadiahkan dan menghadiahi ?MeN...kan menerima objek tidak bernyawa, manakala meN...i menerima objek bernyawa.  Contoh ayat, Ayah menghadiahkan basikal kepada Ali; Ayah menghadiahi Ali basikal. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207. Lain-lain01.09.2023
Soalan berikut yang mana satu betul. 1)Ayah menghadiahkan ibu sekuntum bunga? 2)Ayah menghadiahi ibu sekuntum bunga? Harap dapat jelaskan sebab musababnya. Terima kasih.Ayah menghadiahi ibu sekuntum bunga.Tatabahasa12.07.2010
apakah perbezaan menghadiahkan dan menghadiahi?terima kasihFungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu.Tatabahasa21.12.2012
12345678

Kembali ke atas