Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.di.ri] | مڠحاضيري

Definisi : hadir di (persidangan, majlis, kursus, dll) menyertai, mengikuti: lebih 100 orang peserta dr negara-negara Asia Teng­gara, Australia, dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tersebut; ~ persi­dang­an Parlimen; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.di.ri] | مڠحاضيري

Definisi : datang dan turut serta dlm mesyuarat, persidangan dll; mengunjungi majlis dsb; mengikuti; menyertai: Lebih seratus orang peserta dr negara-negara Asia Tenggara, Australia dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tsb. Banyak sahabat handai yg telah ~ majlis perkahwinan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadir (kata kerja)
1. Bersinonim dengan wujud: berada, muncul, terbit,

2. Bersinonim dengan datang: menyertai, mengikuti, menunjukkan diri, memperlihatkan diri, turut serta, mengambil bahagian,

Kata Terbitan : menghadiri, menghadirkan, kehadiran, hadirin,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NEREIDS

Nereids ialah 50 dewi laut yang cantik yang

menghadiri pertemuan tuhan laut, iaitu Poseidon

dan Amphitrite. Nereid ialah anak-anak kepada

dewi laut Doris dan Nereus yang juga dikenali

sebagai Orang Tua Laut. Nereid tinggal di laut dan

timbul di permukaan untuk menari di dalam

ombak. Pemimpin mereka ialah Thetis, iaitu ibu

kepada wira Archilles. Nereid yang terkenal

termasuklah Psamathe dan Galatea.

Lihat Andromeda; Nereus.

UMUM 
ABU AYYUB AL-ANSARIY

Abu Ayyub al-Ansariy (? –52 H./ ? –672 M.),

salah seorang sahabat besar dan turut menghadiri

Bai‘ah al-‘Aqabah yang kedua. Nama penuhnya

ialah Khalid ibn Zayd al-Ansariy dari Bani al-Najjar,

suku Khazraj di Madinah (Yathrib–Tibah). Ketika

Rasulullah SAW berhijrah dan sampai di Madinah,

Baginda tinggal dan menetap di rumah Abu Ayyub

al-Ansariy r.a. sehinggalah masjid dan rumah

Baginda dibina pada tahun itu.

UMUM 
PROKSI

Proksi ialah ganti. Andaikan, anda diberi tugas

untuk membentangkan satu laporan penting dalam

mesyuarat kelab. Pada hari mesyuarat itu diadakan,

anda tidak sihat untuk menghadiri mesyuarat

tersebut. Oleh sebab itu, anda meminta seorang ahli

kelab bertindak bagi pihak anda. Ahli kelab itu

menjadi proksi anda, dan dia akan membentangkan

laporan anda dalam mesyuarat kelab itu.

UMUM 
PERSIDANGAN WASHINGTON

Persidangan Washington ialah mesyuarat yang

diadakan di Washington, D.C., bagi membincangkan

perlucutan senjata tentera laut dan masalah tertentu

yang melibatkan Asia Timur. Mesyuarat tersebut

berlangsung dari bulan November 1921 hingga bulan

Februari 1922. Negara yang menghadiri mesyuarat

tersebut ialah Belgium, China, Perancis, Great Britain,

Itali, Jepun, Belanda, Portugal, dan Amerika Syarikat.

UMUM 
NIX

Nix ialah nama pari-pari air dalam cerita rakyat

Jerman. Nix adalah orang kerdil yang berambut

perang dan bergigi hijau, dan mereka hidup di

dalam tasik dan sungai. Nix amat menggemari

muzik dan menari, dan kadangkala menjemput

manusia menghadiri perayaan mereka. Mereka

dikatakan muncul sebelum seseorang mati lemas.

UMUM 
PERLUMBAAN

Perlumbaan ialah pertandingan kelajuan. Orang

bertanding dalam acara lumba lari, renang dan

berjalan kaki. Sukan seperti lumba kuda dan lumba

kereta melibatkan manusia yang menunggang

haiwan atau mengendalikan mesin. Haiwan terlatih

juga bertanding antara satu sama lain dalam lumba

anjing dan merpati. Sesetengah perlumbaan

merupakan antara sukan yang paling popular di

dunia, menarik berjuta-juta penonton setiap tahun. Di

samping penonton yang menghadiri perlumbaan

utama, ramai lagi yang mengikutinya di kaca

televisyen.

UMUM 
ATHLONE, EARL OF

Athlone, Earl of (1874–1957), anggota keluarga

diraja Britain dan seorang pegawai tentera,

berkhidmat sebagai Gabenor Jeneral Kanada dari

tahun 1940 hingga tahun 1946. Sebagai seorang

gabenor jeneral, dia menumpukan perhatiannya

untuk mengekalkan peranan Kanada semasa

Perang Dunia II (1939 –1945). Pada tahun 1943 dan

1944, dia menjemput Presiden Franklin D.

Roosevelt dari Amerika Syarikat dan Perdana

Menteri Britain, Winston Churchill untuk

menghadiri dua persidangan masa perang yang

bersejarah di kediamannya di Quebec.

UMUM 
ANUBIS

Anubis adalah tuhan alam ghaib yang penting di

kalangan orang Mesir purba. Pusat ibadatnya yang

utama ialah di Kynopolis, yang bermaksud Bandar

Anjing di Yunani. Oleh sebab anjing atau serigala

merupakan haiwan sucinya, Anubis sering kali

digambarkan sebagai anjing atau serigala yang

sedang mendekam. Fungsinya dikaitkan dengan

Osiris, ketua tuhan alam ghaib, dan Thoth,

pembantu Osiris. Tugas Anubis ialah menghadiri

upacara ritual mempersiapkan mayat, menimbang

hati setiap orang dengan neraca keadilan, dan

mengadili perbuatan baik dan jahat seseorang di

dunia ini. Lihat juga Mitologi; Osiris; Thoth.

UMUM 
PANDAK ENDUT

PANDAK ENDUT ( ? -1877), penentang penjajah British.  Dia adalah ipar Dato' Maharaja Lela dan orang kanan dalam pakatan membunuh J.W.W. Birch, Residen British Perak.  Pandak Endut menghadiri mesyuarat yang diadakan di rumah Dato' Maharaja Lela.  Dalam mesyuarat tersebut, Dato' Maharaja Lela memaklumkan yang Sultan Abdullah, Laksamana Wan Muhammad Amin dan Syahbandar Uda Mahamor memberitahu bahawa dalam beberapa hari lagi J.W.W. Birch akan datang ke Pasir Salak dan mereka ditugaskan untuk membunuhnya.  Pandak Endut dilantik sebagai wakil Dato' Maharaja Lela dalam tindakan membunuh J.W.W. Birch. Sebagai tanda kuasa ini, dia dianugerahi satu persalinan yang terdiri daripada baju, tengkolok dan pedang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
BAJU KURUNG

BAJU KURUNG, pakaian tradisional orang Melayu di Semenanjung Malaysia. Baju ini dikenal juga sebagai baju melayu. Terdapat dua jenis baju kurung iaitu baju kurung teluk belanga dan baju kurung cekak musang. Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tua dan muda, terutama untuk menghadiri majlis atau upacara rasmi. Selain itu, terdapat sejenis lagi baju kurung yang dipakai oleh wanita Melayu di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang yang dinamakan baju kurung kedah. Terdapat beberapa perbezaan kecil antara ketiga-tiga jenis baju kurung ini, iaitu dari segi potongan dan cara memakai.

BUDAYAPakaian
12

Kembali ke atas