Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.dir.kan] | مڠحاضيرکن

Definisi : 1. membuat supaya hadir (ada di sesuatu tempat): ketua rombongan hen­daklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan; ~ diri datang menun­jukkan diri; 2. sl menghimpunkan, meng­adakan, menyedia­kan: maka Sultan Ahmad pun mengerahkan segala rakyat ~ ke­leng­kapan perang; tuanku, baiklah per­silakan turun ke kenaikan, telah sedia patik hadirkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.dir.kan] | مڠحاضيرکن

Definisi : membuat supaya hadir di sesuatu tempat: Ketua rombongan hendaklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadir (kata kerja)
1. Bersinonim dengan wujud: berada, muncul, terbit,

2. Bersinonim dengan datang: menyertai, mengikuti, menunjukkan diri, memperlihatkan diri, turut serta, mengambil bahagian,

Kata Terbitan : menghadiri, menghadirkan, kehadiran, hadirin,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan perkataan yang betul untuk perkataan 'kerana' dan apabila. Contoh ayat: 1. Anda didapati telah melanggar kod etika APABILA tidak menghadirkan diri.... 2. Anda didapati telah melanggar kod etika KERANA tidak menghadirkan diri...Kerana dan apabila ialah kata hubung pancangan keterangan, ringkasnya kata keterangan. Kata keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Lazimnya "kerana" digunakan di tengah-tengah ayat bagi menerangkan klausa utama. Contohnya dalam ayat 1 dan 2 penggunaan yang tepat ialah "kerana" kerana kedua-dua klausa selepas perkataan "kerana" menerangkan klausa utama yang hadir sebelumnya. Kata hubung "apabila" lazimnya digunakan pada pangkal ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman 253.Tatabahasa16.04.2014
saya tidak faham akan penggunaan kata 'hadir' apabila perkataan tersebut diikuti dengan imbuhan..contohnya,adakah ayat ini betul? 'amir telah menghadirkan diri ke majlis itu' atau, 'amir telah menghadiri majlis itu'' 'amir telah menghadiri ke majlis itu'' bolehkah anda tolong jelaskan? terima kasih...Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menghadirkan membawa maksud 1. membuat supaya hadir (ada di sesuatu tempat): ketua rombongan hen­daklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan; ~ diri datang menun­jukkan diri. Menghadiri bermaksud  hadir di (persidangan, majlis, kursus, dll) menyertai, mengikuti: lebih 100 orang peserta dr negara-negara Asia Teng­gara, Australia, dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tersebut; ~ persi­dang­an Parlimen. Berdasarkan huraian tersebut, ayat Amir telah menghadirkan diri  ke majlis itu dan Amir telah menghadiri majlis itu adalah betul.  Tatabahasa28.07.2010
11. Seterusnya, Pengerusi juga memaklumkan bahawa mesyuarat JLAKS merupakan satu forum yang tertinggi di dalam TLDM, maka sebarang dasar perlu digubal dan diputuskan melalui forum ini. Selain daripada itu, pengerusi memaklumkan dan menetapkan keahlian JLAKS hanya melibatkan ahli yang berkhidmat di dalam perkhidmatan TLDM sahaja kerana setiap kali ianya disidangkan akan mendapat jumlah kehadiran yang maksimum daripada ahli JLAKS. Justeru, penetapan telah dibuat agar semua ahli yang terlibat perlu menghadirkan diri tanpa gagal di dalam forum ini. Dengan demikian, semua dasar yang telah digubal dan diputuskan perlu dilaksanakan serta sebarang cadangan perlu dibincangkan di dalam forum ini.Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama.  Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat.Tatabahasa13.01.2014

Kembali ke atas