Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.dir.kan] | مڠحاضيرکن

Definisi : 1. membuat supaya hadir (ada di sesuatu tempat): ketua rombongan hen­daklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan; ~ diri datang menun­jukkan diri; 2. sl menghimpunkan, meng­adakan, menyedia­kan: maka Sultan Ahmad pun mengerahkan segala rakyat ~ ke­leng­kapan perang; tuanku, baiklah per­silakan turun ke kenaikan, telah sedia patik hadirkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.dir.kan] | مڠحاضيرکن

Definisi : membuat supaya hadir di sesuatu tempat: Ketua rombongan hendaklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadir (kata kerja)
1. Bersinonim dengan wujud: berada, muncul, terbit,

2. Bersinonim dengan datang: menyertai, mengikuti, menunjukkan diri, memperlihatkan diri, turut serta, mengambil bahagian,

Kata Terbitan : menghadiri, menghadirkan, kehadiran, hadirin,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bail bondbon jaminaninsuransTiadaBon mahkamah yang memberi jaminan bahawa orang yang dijamin akan menghadirkan diri di mahkamah seperti yang dikehendaki.
absent voterpengundi tak hadirSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu yang mendaftar sebagai pemilih tetapi tidak menghadirkan diri di tempat pembuangan undi. Keadaan ini juga disebut sebagai pengundi yang tidak kisah politik atau tidak suka politik. Fenomena pengundi tidak hadir ini wujud dalam konteks sistem demokrasi seperti Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis dan Kanada. Contohnya, setiap kali pilihan raya Presiden Amerika Syarikat diadakan, jumlah pengundi tidak hadir sekitar 43 peratus semenjak 1966. Hal ini berbeza dengan fenomena yang diamalkan di negara sedang membangun yang jumlah pengundi tidak hadir adalah rendah.
tender bondbon tenderPentadbiran PerniagaanTiadaBon mahkamah yang memberi jaminan bahawa orang yang dijamin akan menghadirkan diri di mahkamah seperti yang dikehendaki.

Kembali ke atas