Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.la] | مڠهالا

Definisi : menuju, mengarah: terbang ~ ke utara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.la] | مڠهالا

Definisi : mengikut hala; mengarah; menuju: Kapal itu berlayar ~ ke utara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hala (kata nama)
Bersinonim dengan arah, haluan, tuju, hadap, tala, tepas, paran;,
Kata Terbitan : berhala, menghala, menghalakan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUAR

Muar (pend. 400 000), daerah terbesar di

bahagian barat negeri Johor yang menghala ke

Selat Melaka. Bahagian barat dan utara daerah ini

bersempadan dengan Melaka, Negeri Sembilan

dan Pahang. Bahagian pantai Muar bermula dari

Sungai Kesang hingga Sungai Sarang Buaya.

Sungai Muar merupakan sungai yang terbesar

dan mempunyai sejarah tertua di pantai barat

Johor. Terdapat 17 buah mukim di daerah Muar,

iaitu Bandar, Bukit Serampang, Tangkak, Grisek,

Serom, Bukit Kepong, Sungai Raya, Lenga,

Kundang, Kesang, Sungai Terap, Sungai Balang,

Jalan Bakri, Jorak, Parit Jawa, Ayer Hitam dan Seri

Menanti.

UMUM 
MEGHALAYA

Meghalaya ialah negeri kecil di utara India. Meghalaya bererti rumah awan. Cerun yang menghala ke selatan serta menghadap ke Bangladesh mendapat lebih banyak hujan dalam setahun daripada mana-mana tempat lain di dunia.

UMUM 
SEMENANJUNG YORKE

Semenanjung Yorke ialah tanjung tinggi yang

terletak di Australia Selatan. Semenanjung ini

menghala ke Lautan Hindi dengan dikelilingi oleh

Teluk Spencer dan Teluk St. Vincent. Panjang

semenanjung ini ialah 240 kilometer, manakala

lebarnya antara 15 hingga 20 kilometer.

UMUM 
TELUK MANILA

Teluk Manila ialah pintu masuk ke bandar raya

Manila di Luzon, Filipina. Teluk ini menghala ke

barat daya Laut China Selatan. Untuk lokasi, lihat

Filipina (peta) . Teluk Manila adalah lebih kurang 65

kilometer panjang dan 55 kilometer lebar.

Perairannya cukup dalam untuk kapal-kapal besar

berlabuh. Terdapat dua pelabuhan di Cavite dan

Manila. Pulau Corregidor yang berbatu-batan

terletak di muara Teluk Manila. Beberapa

peperangan sengit berlaku semasa Perang Dunia II

(1939–1945) di pulau ini. Pulau ini diserang oleh

tentera Jepun pada awal Perang Dunia II . Semasa

Perang Sepanyol-Amerika (1898), sebuah armada

Amerika di bawah pimpinan Komander George

Dewey memusnahkan tentera Sepanyol dalam

peperangan di muara Teluk Manila.

Lihat juga Corregidor ; Semenanjung Bataan.

UMUM 
STRABISMUS

Strabismus adalah penyebarisan mata yang tak

normal, dengan sebelah mata tertumpu pada satu

benda dan mata sebelah lagi tertumpu pada benda

lain. Keadaan ini juga dikenali sebagai heterotropia

atau juling. Biasanya, kedudukan mata

membolehkan kedua-duanya melihat benda yang

sama pada masa yang sama dan di tempat yang

sama. Bagi strabismus, sebelah mata menghala ke

lain daripada kedudukan biasanya. Jika mata ini

menghala ke dalam ke arah hidung, keadaan ini

dikenal sebagai strabismus menumpu. Bagi

strabismus mencapah, mata itu menghala ke luar.

Penyebarisan tidak normal itu mungkin juga

menegak, dengan mata yang terjejas menghala ke

atas atau ke bawah. Strabismus mungkin tetap atau

berkala dan mungkin melibatkan sebelah mata

sahaja atau silih berganti antara kedua-duanya.

UMUM 
SENEGAL

Senegal ialah negara di pantai barat laut Afrika.

Ia terletak di hujung bonjolan besar di utara

Afrika yang menganjur ke arah barat menghala ke

Lautan Atlantik. Ia menganjur lebih jauh ke barat

daripada negara-negara lain di tanah Besar Afrika.

UMUM 
SIGNUS

Signus ialah buruj yang terletak di Hemisfera

Utara. Ciri buruj ini yang paling menonjol ialah

Palang Utara yang terbentuk daripada lima buah

bintangnya yang paling terang. Bintang Deneb,

iaitu bintang yang paling terang, menandakan

bahagiannya yang paling atas yang menghala

ke timur laut. Bintang berpasang Albireo pula

menandakan bahagian bawahnya yang menghala

ke barat daya.

UMUM 
SUNGAI JUMNA

Sungai Jumna, di utara India, membentuk salah

sebuah anak Sungai Ganges yang paling penting.

Sungai Jumna bermula dari Himalaya dan mengalir

ke arah tenggara sepanjang hampir 1400 kilometer.

Ia mengalir ke Sungai Ganges di bandar Allahabad.

Dua terusan, satu menghala ke sebelah barat

Sungai Jumna dan satu lagi menghala ke sebelah

timur, mengairi seluas 30 000 kilometer persegi

kawasan ladang di lembah sungai ini.

UMUM 
ANJING POINTER

Anjing pointer ialah anjing yang digunakan

untuk memburu kuang bayas dan burung buruan.

Anjing ini dinamakan pointer kerana ia berhenti

sekaku patung apabila tercium bau burung dan

kemudian menghala dengan menghadap ke arah

burung itu, biasanya sebelah kaki depannya

terangkat dan ekornya tertegak dengan kaku

UMUM 
IDAHAN

IDAHAN, salah satu subkelompok peribumi Sabah daripada rumpun Dusun. Mereka tinggal bertaburan di beberapa perkampungan di tebing dan lembah sungai sekitar Lahad Datu dan Tungku, di bahagian utara Teluk Darvel dan Semenanjung Kent hingga ke utara menghala ke Sandakan.  Di Lahad Datu, mereka menetap di sekitar Tabanac, Sapagaya, Bikang, Binuang, Segamen (Segama), Segangan, Terusan dan Diwata. Penempatan asal mereka bermula di tebing dan lembah sungai jauh ke selatan menghala ke Teluk Darvel dan Sungai Segama.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
12

Kembali ke atas