Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.lal.kan] | مڠحلالکن

Definisi : 1. membenarkan (mem­boleh­kan, memperkenankan, mengizinkan), memandang atau menganggap halal: adalah salah besar ~ sesuatu yg haram; ada kemungkinan besar bahawa kegiatan ter­sebut yg selama ini diharamkan di negeri itu akan dihalalkan; 2. menganggap selesai atau jelas (hutang dll): baki hutangnya itu sudah dihalalkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.lal.kan] | مڠحلالکن

Definisi : membolehkan (membenarkan) se­suatu mengikut undang-undang Islam; dibenarkan oleh syarak: Allah ~ jual beli dan mengharamkan riba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halal (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan dibenarkan, diizinkan, dibolehkan, diperkenan;,
Kata Terbitan : menghalalkan, kehalalan, penghalalan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
الزواجnikahAgama IslamFiqhAkad yang menghalalkan persetubuhan dengan menggunakan lafaz tertentu.
زواج المحللperkahwinan muhalilAgama IslamFiqhPerkahwinan yang bermaksud menghalalkan nikah orang yang telah bertalak tiga untuk berkahwin semula dengan suaminya (perkahwinan cina buta).
التحليلtahlil (nikah/kahwin)Agama IslamFiqhSesuatu perkahwinan yang bertujuan untuk menghalalkan suami berkahwin semula dengan isterinya yang dicerai talak tiga.
المرئىmerihAgama IslamFiqhUrat pembuluh nafas binatang yang wajib dipotong untuk menghalalkan sembelihan.
عقدة النكاحakad nikahAgama IslamFiqhAkad perkahwinan dengan menggunakan lafaz khusus yang menghalalkan persetubuhan di antara suami isteri.
machiavelmachiavelKesusasteraanTiadaWatak tipa dalam sesebuah karya yang mendapat namanya daripada Niccolo Machiavelli (1469 � 1527), seorang negarawan dan ahli falsafah di Florence, Itali. Beliau menulis sebuah karya yang mewajarkan konsep �matlamat menghalalkan cara� dalam pentadbiran negara. Bukunya sering dirujuk dalam drama yang dihasilkan pada Zaman Ratu elizabeth 1 pada abad ke-17. Pada zaman tersebut, nama Machiavelli muncul dan dikaitkan dengna sifat kedurjanaan dan kecurangan. Watak penjarah yang terdapat dalam karya tragedi balas dendam dikenali juga sebagai Machiavel.
Kafkaesquegaya KafkaKesusasteraanTiadaGaya, nada, dan sikap watak yang terdapat dalam penulisan Franz Kafka. Secara umumnya, gaya Kafka melahirkan suasana igauan yang menakutkan, seolah-olah wujud kuasa kejam yang mengawal dunia igauan tersebut. Antara tema yang dipaparkan dalam penulisan Kafka ialah kehilangan identiti, pembangkitan rasa takut dan bersalah, serta penipuan pihak berkuasa yang menghalalkan kejahatan, seolah-olah hal tersebut merupakan suatu perkara yang wajar. Novel Kafka yang jelas mencerminkan ciri-ciri ini ialah The Trial (1925) dan The Castle (1926).
contestationpersainganSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan saling mempengaruhi antara individu, kelompok dan organisasi dalam sesuatu arena seperti ideologi, sokongan masyarakat, idea atau pemikiran. Situasi ini wujud dalam dua bentuk yang utama iaitu, persaingan yang bersifat positif apabila pihak yang bersaing menggunakan pendekatan yang sihat dan bermoral bagi memperoleh pengaruh masing-masing seperti menonjolkan manifesto, poster dan imej yang baik tanpa menghina pihak lawan. Contohnya, penggunaan poster secara berleluasa di kalangan parti politik dalam memperoleh undi semasa pilihan raya. Bentuk kedua merupakan persaingan yang bersifat negatif iaitu pihak yang bersaing menggunakan pendekatan yang bersifat matlamat menghalalkan cara seperti sabotaj, tikam belakang, fitnah, kawalan undang-undang, indoktrinasi intelektual, kronisme dan nepotisme untuk mendapatkan sokongan.
bai‘ ‘inah financingpembiayaan bai‘ ‘inahEkonomiEkonomi IslamPembiayaan tunai yang melibatkan akad pembelian secara hutang dan penjualan semula secara tunai. Proses pembiayaan ini berlaku seperti yang berikut: i. Pelanggan yang ingin mendapatkan pembiayaan tunai menghubungi bank. ii. Pelanggan membeli aset daripada bank secara hutang. iii. Pelanggan menjualkan semula aset tersebut kepada bank secara tunai. iv. Bank menyerahkan harga jualan tunai kepada pelanggan. Melalui cara ini, pelanggan telah berhutang dengan bank melalui akad hutang tetapi kemudiannya berjaya mendapatkan tunai melalui jualan tunai. Harga jualan hutang kepada individu biasanya lebih tinggi daripada belian tunai oleh bank. Kaedah pembiayaan ini diamalkan oleh sesetengah perbankan Islam untuk tujuan pembiayaan peribadi. Penerimaan dari sudut syarak adalah berbeza mengikut mazhab kerana dianggap sebagai helah menghalalkan riba. Walau bagaimanapun, kaedah ini sepakat diterima dari segi syarak apabila proses jual beli ini melibatkan pihak ketiga yang dikenali sebagai pembiayaan tawarruq.

Kembali ke atas