Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ham.par.kan] | مڠهمڤرکن

Definisi : 1. membentangkan (ti­kar dll): sehelai kertas dihamparkan utk alas; 2. ki membentangkan, menerangkan (dgn pan­jang lebar); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ham.par.kan] | مڠهمڤرکن

Definisi : 1 membuka sesuatu yg bergulung atau yg berlipat lebar-lebar; membentangkan: ~ tikar. 2 menerangkan sesuatu dgn panjang lebar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menghamparkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam . apa beza menghamparkan dan membentangkan. saya rujuk kamus makna sama . apakah jawapan yang tepat bagi soalan berikut Pak Hamid _________ permaidani yang baru dibelinya dari Iran. A membentangkan B menghamparkan C memasang.Merujuk Kamus Dewan membentangkan sama makna dengan menghamparkan, iaitu membuka sesuatu daripada gulungan atau lipatan luas-luas. Oleh itu perkataan membentangkan (A) dan Menghamparkan (B) boleh menjadi jawapan kepada soalan tersebut.Tatabahasa10.03.2010
Chee Wei [meletakkan ] sebidang permaidani di ruang tamu rumahnya.Mengapakah kita tidak menggunakan menghamparkan atau menguruskan?Perkataan menghamparkan juga boleh digunakan dalam ayat tersebut. Manakala untuk perkataan menguruskan, tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Lain-lain21.08.2021

Kembali ke atas