Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.han.tar] | مڠهانتر

Definisi : , menghantarkan meletak­kan (di tanah dll) sembarangan sahaja, meng­geletak: dihantarkannya tangan kanan ke atas bahu kirinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.han.tar] | مڠهانتر

Definisi : 1. mengiringkan (membawa, mengawal, mengawani, menemani) seseorang ke sesuatu tempat tertentu dan mening­galkannya di situ: setiap hari ayah ~ kami ke sekolah dgn keretanya; 2. membawa atau menyebabkan bergerak dr satu tempat ke tempat lain, mengalirkan: pam jantung di sebelah kanan ~ darah masuk ke dlm paru-paru melalui salur nadi; 3. menyampaikan surat (kad jemputan, laporan, dsb) melalui alat perhubungan (spt pos, telegraf, dsb), mengirim: dia ~ surat kpd ayahnya setiap bulan; 4. membawa utk diberikan (disampai­kan) kpd seseorang dsb: dia datang ke rumah ~ surat itu; 5. membawa ke sesuatu tempat (utk tujuan tertentu): ~ manusia ke bulan; ~ kereta ke bengkel utk dibaiki; 6. menyertakan sesuatu (utk dipertandingkan dsb): dlm pertandingan itu, Ramli ~ dua buah lukis­annya; 7. membiayai pelajaran dsb, mema­sukkan (ke sekolah dsb yg tertentu): kerajaan telah ~ ramai pelajar bumiputera ke luar negeri; ~ anaknya ke sekolah aliran Melayu; 8. menyuruh (mengarahkan, me­min­ta, me­maksa, dsb) pergi ke sesuatu tempat (utk melaksanakan sesuatu tugas dsb): ~ bala tentera ke sempadan; ~ perwakilan ke sesuatu persidangan; 9. menendang (membaling, memukul) bola ke sesuatu tempat atau kpd seseorang pemain lain (dlm permainan bola sepak, hoki, badminton, dll): Hassan ~ bola ke pintu gol; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.han.tar] | مڠهانتر

Definisi : 1 menemani, mengawani, mengiringi orang berjalan: Dia ~ neneknya pulang ke Ipoh. 2 membawa; mengirim: Posmen ~ surat ke rumah Ali. 3 memasukkan ke (sekolah dsb); membiayai pelajaran dll: Banyak ibu bapa yg ~ anak mereka belajar di sekolah itu. Setiap tahun, kerajaan ~ para pelajar ke luar negara utk melanjutkan pelajaran. 4 mengirim (membawa) ke sesuatu tempat utk sesuatu tujuan: Negara kita telah ~ dua orang peserta dlm perlumbaan itu. ~ manusia ke bulan; ~ pasukan tentera ke perbatasan. 5 memberikan (menendang, memukul dsb) bola, bulu tangkis dll: Bulu tangkis itu dihantar betul-betul atas garisan tepi gelanggang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hantar
Kata Terbitan : berhantar, menghantar, hantar-menghantar, hantaran, penghantaran, penghantar,

Puisi
 

Dari Acheh bersapu tangan,
     Gajuk tiang mana nak cabut;
Jikalau kasih menghantar teman,
     Jikalau sayang berbilang rambut.


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Menghantar sasterawan ke dunia sanaBaha ZainDewan Sastera1 July 2008
Menghantar PerutusanOthaman PutehPelita Bahasa1 November 2002
Menghantar pelajar ke luar negara - sesuatu yang memalukan negaraTan Sock HooiDewan Masyarakat1 February 1998
Menghantar perutusan lewat monologOthman PutehDewan Sastera1 June 1998
Menghantar suara yang termakna melalui sasteraA. Samad SaidDewan Sastera1 February 2003
Menghantar ciptaan kita ke tengah-tengah warisan sastera duniaBaha ZainDewan Sastera1 October 2003
Menghantar Mayat yang HidupA. Wahab AliDewan Bahasa1 July 1969
"Umpama Menghantar Barang ke RumahA. ZaidelDewan Masyarakat1 November 2008
Sehabis Menghantar JenazahDamono, Sapardi DjokoHorison (Kakilangit)1 February 2000
Bagaimana menghantar tulisan ke ruangan sasteraAbdul AhmadDewan Sastera15 February 1980
12

Kembali ke atas