Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.han.tar] | مڠهانتر

Definisi : , menghantarkan meletak­kan (di tanah dll) sembarangan sahaja, meng­geletak: dihantarkannya tangan kanan ke atas bahu kirinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.han.tar] | مڠهانتر

Definisi : 1. mengiringkan (membawa, mengawal, mengawani, menemani) seseorang ke sesuatu tempat tertentu dan mening­galkannya di situ: setiap hari ayah ~ kami ke sekolah dgn keretanya; 2. membawa atau menyebabkan bergerak dr satu tempat ke tempat lain, mengalirkan: pam jantung di sebelah kanan ~ darah masuk ke dlm paru-paru melalui salur nadi; 3. menyampaikan surat (kad jemputan, laporan, dsb) melalui alat perhubungan (spt pos, telegraf, dsb), mengirim: dia ~ surat kpd ayahnya setiap bulan; 4. membawa utk diberikan (disampai­kan) kpd seseorang dsb: dia datang ke rumah ~ surat itu; 5. membawa ke sesuatu tempat (utk tujuan tertentu): ~ manusia ke bulan; ~ kereta ke bengkel utk dibaiki; 6. menyertakan sesuatu (utk dipertandingkan dsb): dlm pertandingan itu, Ramli ~ dua buah lukis­annya; 7. membiayai pelajaran dsb, mema­sukkan (ke sekolah dsb yg tertentu): kerajaan telah ~ ramai pelajar bumiputera ke luar negeri; ~ anaknya ke sekolah aliran Melayu; 8. menyuruh (mengarahkan, me­min­ta, me­maksa, dsb) pergi ke sesuatu tempat (utk melaksanakan sesuatu tugas dsb): ~ bala tentera ke sempadan; ~ perwakilan ke sesuatu persidangan; 9. menendang (membaling, memukul) bola ke sesuatu tempat atau kpd seseorang pemain lain (dlm permainan bola sepak, hoki, badminton, dll): Hassan ~ bola ke pintu gol; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.han.tar] | مڠهانتر

Definisi : 1 menemani, mengawani, mengiringi orang berjalan: Dia ~ neneknya pulang ke Ipoh. 2 membawa; mengirim: Posmen ~ surat ke rumah Ali. 3 memasukkan ke (sekolah dsb); membiayai pelajaran dll: Banyak ibu bapa yg ~ anak mereka belajar di sekolah itu. Setiap tahun, kerajaan ~ para pelajar ke luar negara utk melanjutkan pelajaran. 4 mengirim (membawa) ke sesuatu tempat utk sesuatu tujuan: Negara kita telah ~ dua orang peserta dlm perlumbaan itu. ~ manusia ke bulan; ~ pasukan tentera ke perbatasan. 5 memberikan (menendang, memukul dsb) bola, bulu tangkis dll: Bulu tangkis itu dihantar betul-betul atas garisan tepi gelanggang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hantar
Kata Terbitan : berhantar, menghantar, hantar-menghantar, hantaran, penghantaran, penghantar,

Puisi
 

Dari Acheh bersapu tangan,
     Gajuk tiang mana nak cabut;
Jikalau kasih menghantar teman,
     Jikalau sayang berbilang rambut.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
sendvt 1. dispatch (to) menghantar [sst], menghantar [sst] kpd [sso]; (by post), /mengirim, menghantar/ [sst], /mengirimi, menghantar kpd/ [sso]: our things were sent by ship, barang-barang kami dihantar dgn kapal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
send 3. cause to go somewhere, menghantar: who sent you here?, siapa yg menghantar kamu ke sini?; he hopes to be able to ~ the eldest boy to university, dia berharap akan dapat menghantar anak lelakinya yg sulung ke universiti;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
telegraphvt menghantar [sst] melalui telegram, menelegram: he ~ed some money to his son, dia menghantar wang melalui telegram kpd anak lelakinya; the news was ~ed to headquarters, berita itu dihantar melalui telegram ke ibu pejabat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pass14. (sport) menghantar: he ~ed the ball to the wing, dia menghantar bola kpd pemain sayap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
send ~ along, menghantar: he’ll ~ the book along to you when he has finished reading it, dia akan menghantar buku itu kpd kamu apabila dia telah selesai membacanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
delivervt 1. distribute (letters, groceries, etc) menghantar: to ~ parcels for a department store, menghantar bungkusan utk sebuah gedung serbanika; 2. rescue, liberate, menyelamatkan, membebaskan: to ~ so. from captivity, menyelamatkan sso drpd tawanan; 3. present, menyampaikan, memberikan: to ~ a speech, menyampaikan ucapan; 4. hand over, surrender, often ~ /up, over/, menyerahkan: they were made to ~ over their revolvers, mereka dipaksa menyerahkan pistol mereka; to ~ up a village to the enemy, menyerahkan kampung kpd pihak musuh; 5. send forth, a. (ball) membaling, menghantar; b. (blow etc) memberikan: to ~ a series of punches, memberikan tumbukan yg bertubi-tubi; 6. help in the birth of, menyambut: to ~ a baby, menyambut bayi yg baru lahir;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
send ~ back for, menyuruh orang menghantar: we’ll have to ~ back for more supplies, kita perlu menyuruh orang menghantar bekalan tambahan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dispatchvt 1. send off, menghantar, mengirim: to ~ supplies to the flood-stricken area, menghantar bekalan ke kawasan yg dilanda banjir; a letter was ~ed to the head office, sepucuk surat dikirim ke ibu pejabat; 2. deal with promptly, menyelesaikan [sst] dgn segera: the committee intended to ~ the routine business first, jawatankuasa itu merancang utk menyelesaikan urusan-urusan yg rutin dahulu; 3. (colloq) eat up quickly, menghabiskan dgn cepat; 4. (old-fashioned) put to death, membunuh: he had to ~ the wounded animal, dia terpaksa membunuh binatang yg cedera itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
see 1 ~ so. to, menghantar sso ke: there is no need for you to ~ me to the door. I know the way out, kamu tdk perlu menghantar saya ke pintu. Saya tahu jalan keluar; ~ to it that, pastikan (bahawa): he saw to it that we had everything we needed before we set out, dia memastikan kami mempunyai segala yg kami perlukan sebelum bertolak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
see 1 ~ so. off, a. send so. off, menghantar sso: are you going to ~ them off at the station?, adakah kamu akan menghantar mereka ke stesen?; b. chase so. away, menghalau: two of the servants were told to ~ the man off the premises, dua antara pembantu rumah itu disuruh menghalau lelaki tersebut dr pekarangan rumah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas